Kandang “Kerbau Pendek” di Kota Warisan?

Tadi masa nak keluar dekat traffic light, saya berada di sebuah belakang lori 1 tan. Kelihatan ada binatang atas lori tu tapi saya tak berapa nampak sebab dilindung oleh papan nipis. Bila lampu hijau saya pun pintas lori tadi sambil menjeling atas lori tu. Nampaklah ada 3 ekor binatang yang tengah glamour sekarang si “Kerbau Pendek” atau “B4B1”.

Persoalannya, memandangkan lori tu datang dari arah Warisan Indah, adakah ada satu kandang “Kerbau Pendek” di sebelah dalam sana? Sesiapa ada maklumat tolong kongsi di sini. Kalau betul ada, kita mesti bertindak sama ada ia berlesen ataupun tidak. Maklumlah dulu kan Sepang ni famous dengan kandang “Kerbau Pendek” ni.

Kot-kotla dah pindah mai Warisan Indah, dahla masalah tempat pelupusan sampah masih tak selesai lagi. Ni ada pulak kandang “Kerbau Pendek”, kalau betul la….

8 responses to “Kandang “Kerbau Pendek” di Kota Warisan?

  1. Bio betul … hem. Lagi satu kat dlm sane the pusat serenti tu still operating rite? Dulu developer ckp tempat tu nk tutup…tah yer ke tak.

  2. dh byk kali round kat blkg warisan indah, tak perasan plak ada org bela b4b1.

    pusat serenti tu tak mungkin ditutup (berdasarkan info yg sahih lagi jitu)

  3. Pusat serenti rasanya tak mendatangkan masalah, lagi pula bukan pusat serenti yang betul, kalau tak silap sayalah bila ada membaca salah satu comment dalam blog ini.
    Tak tahulah apa sebenarnya yang ada kat dalam sana…tempat buang sampah…kerbau pendek…korek tanah…ada benda lain lagi ke…marilah kita tinjau apa lagi ada satu hari nanti. Yang pastinya bau busuk setiap malam masih ada….

  4. ust..rasanya b4b1 tu mai dr jln ldg kelapa sawit kat blkg nuh…jln tu blh pi dengkil…depa htr stock kat kg cina kat belakang san kot…kena pantau nih…

  5. saya baru sahaja booking umah di kota warisan (sebelah kanan jalan-dr putrajaya). so nk ty samada ok ke tak kawasan perumahan belah sana. sbb tgk mcm bekas ladang sawit jer…org kata kl bekas ladang ni risiko anai2 nnt. lg satu nk ty lebih elok kita uruskan sndri gov loan atau bg pemaju jer buat???mintak pndapat…

  6. en zul… so far… dah hampir 2 tahun ni… tak dapat lagi komplen pasai anai2 ni… wallahua’lam…

    yang pasal loan tu elok urus sendiri laa.. kalau tak memang sedapla pemaju gila tu makan interest.. padahal yang lambat tu lawyer dia…

  7. TQ En WarisanIndah..aritu sy pg jupe pemaju n ty pasal hidden cost yg perlu sy byr untuk dptkan umah. mcm biasa kena booking RM5K (pulang blk)…tp ada satu fee yg sy kurang jelas iaitu fee duty stem of MOT (harga umah RM283k: stem duty MOT RM6K)…bila saya rujuk laman web Pinjaman Perumahan, just kena dlm RM4.5K jer…dan mmg ada ke duty stem MOT ni?

    • en zul..saya juga ade beli rumah di situ…seperti yg dimaklumkan pemaju mmg charge stamp duty MOT lebih kurang RM6K..kalo ikutkan kiraaan awal…jumlah stamp duty MOT lebih kurang RM5600..tp bile die kire2 balik…cecah sampai RM6k..bile saya tanya …die kate itu termasuk kiraan upah peguam,service fee,admin fees dan tah ape2 lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s