Surau al-Hijrah Dah Ber”aircond”

Untuk keselesaan jemaah yang datang solat di surau al-Hijrah, Kota Warisan pihak AJK surau telah memasang aircond (hasil sumbangan) kelmarin. Sejak kebelakangan ini ramai pihak yang berhati murah mendermakan pelbagai derma kepada pihak surau. Ada yang derma karpet, ada yang derma kerusi dan juga tidak ketinggalan derma duit. PA system dan speaker surau sekarang pun dah baru, itupun hasil derma orang ramai. Kira sekarang ni, makmum lebih khusyuk dengar bacaan imam sebab speaker dah bagus.

Memandangkan penduduk Kota Warisan sekarang ni dah mencecah 12 ribu orang penduduk, pihak surau akan menambah pembangunan surau untuk keselesaan jemaah. Pihak surau target RM 500 ribu untuk pembangunan fasa akan datang. Satu majlis rasmi pelancaran dana pembangunan akan diadakan pada 16 Ogos 2009 nanti. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai. Tapi jangan bagi sumbangan duit je pulak, sumbangan “diri” pun kena bagi jugak, maksudnya rajin-rajinlah solat berjemaah kat surau nooo. Kenalilah imam anda setiap masa, bukan hanya time tahlil dan mati saja, heheh…

22 responses to “Surau al-Hijrah Dah Ber”aircond”

  1. salam semua,

    Cuma nak mengusulkan, tak boleh ke kita bina satu surau di belah warisan indah? masjid tetap di seblah sana. penduduk makin bertambah dan lebih mudah jika tidak perlu menyeberang jalan.lebih mudah untuk kaum ibu dan anak-anak untuk beljar mengaji dsb.
    Mungkin pihak JBWI boleh mohon GP sedikit peruntukan tanah dan duit pembinaan boleh tubuhkan dana.
    Sekadar pandangan..

    • Untuk makluman uchu dan semua, warisan indah dah ada pun J/kuasa pembangunan surau. Kita dah pun bagi proposal kepada GP untuk permohonan tapak surau di warisan indah. Kita juga dah pergi ke MPS untuk tanya hal berkenaan. Masalah utama ialah dalam pelan pembangunan Kota Warisan keseluruhannya hanya ada 2 tapak surau, iaitu surau sedia ada sebelah sekolah tu dan satu lagi dekat Shell. Untuk Warisan Indah tak ada tapak surau disediakan.

      Insya Allah, J/K surau warisan indah akan terus cuba untuk dapatkan tapak surau di sebelah kita ni. Ia mungkin akan ambil masa lama sebab masalah yang disebutkan tadi. Memang kita akui kalau ada surau di warisan indah akan lebih mudah bagi penduduk untuk melakukan aktiviti keagamaan. Harap penduduk boleh bagi sokongan dan membantu jika diperlukan.

      • Tuan pengerusi,

        kalau ada pertolongan diperlukan untuk pembangunan surau warisan indah ni cakaplah kpd saya, insyaallah saya cuba membantu apa yg boleh.

        • terima kasih atas response tuan moderator…moga2 usaha kita nie akan mendapat hasilnye.amin.

          rasenye kalau betul kita bersatu, lebih ramai org macam en razi dan en lu fikirlah sendiri akan membantu sedaya yang boleh…saya bagi pihak kaum ibu pun akan cuba sedaya mungkin. insyaAllah.

  2. penduduk kota warisan mmg pemurah, baru je announce pasal aircond 2 minggu lepas, minggu ni dah siap pasang, target nak pasang sblm bulan puasa. bagus kalau utk pembangunan fasa akan datang, tukar terus jadi masjid kota warisan…

  3. Satu lagi, mohon kita sama-sama fight kepada kerajaan perekutuan khususnya KKR dan JKr supaya buat flyover di simpang 4 ke Dengki, Bangi dan Putrajaya tu. Lama kelamaan dah jadi jam teruk especialy time pagi dan petang (Peak hour)… ada di kalangan kita (Warisan Indah) yang bekerja di KKr harap dapat speed up usha ini.
    Berkenaan dengan surau di WI, kalau kita fight betul2, ugut GP thru gomen agnecy, kalau nak dpt raung dan peluang for further development, nake sure satu surau dibina di WI, otherwise, GP is going to face throuble…apa mau takut, agama punya hal, kasi sedikit radikal la kawan..after all, GP dah kaut untung banya thru workmanship yang cikai….aku dapat rumuskan rumah2 di KW di bawah GP hanya indah diluar namun berkudis,kurap dan bernanah di dalam..

    So, kawan kita jangan lagi bagi muka kat GP ni..wallahualam.

    • Setuju sangat…memang jadi masalah area tu…selalu sgt traffic jam lebih2 lagi bulan puasa ni…apa yang jadi persoalan, kenapa masa nak buat jalan tu pihak2 yang berkenaan tak pikir nak buat flyover?? Lepas ni kalau semua kawasan perumahan yang area Salak tu siap lagi la parah…semua dok serbu jalan yang satu ni je la…

      Siapa yang tahu cara yang betul nak raise perkara ni ke pengetahuan pihak berwajib please share ok…

      • Oleh kerana jalan tu di bawah JKR..saya rasa kita boleh raise kepada JKR mengenai cadangan nk buat flyover tu… website JKR ada aduan online yg kita boleh guna untuk raise masalah ni.

  4. Mohon perhatian kepada Warga WI,

    Aku ingin kepastian adakah tuan/puan telah mencuba/test pintu kunci pintu bilik air tuan/puan. Adakah tuan/puan mempunyai kunci tersebut atau tuan/puan mengalami masalah fitting kunci tersebut dengan pintu bilik air.

    Aku mahukan feedback di atas kerana kut-kut kes yang aku alami ini samada ianya isolated case atau ianya berlaku kepada semua atau majotiti Warga WI.

    Kes aku: Memang kesilapan aku tidak mencuba/test set kunci yang aku dapat drp GP. Sehinggalah apabila pintu bilik master bedroom aku ter-locked dari dalam, baru aku sedar yang mana semua pintu bilik air dirumah aku tidak mempunyai kunci/ jika ada kunci yg intended untuk bilik air, ianya tidak bioleh dipakai langsung. Sebab itu aku berharap Warga GP dapat mmeberikan feedback sebelum aku menghadap GP.

    Sekian, terima kasih.

  5. Ok, feedback yg aku terima, memang pintu bilik air takda kunci…hehee..memang aku tak tau pun pasal hal itu. Tapiiiiiiii…..bagaimana kalu berlaku ter-lock dari dalam mcm kes aku ni, memang boleh bukak by force (dgn apa cara sekalipun) tapi tak proper laa…kenapa GP tak design pintu yg ada kunci jugak…macam kunci pintu bilik lain. Tu sedang aku bertekak dengan Elene (GP) nie…aku tengah berusaha untuk dptkan hp no Chang tu sendiri (GM)..apa-apa hal terus tala dia punya GM…memang semakin melampau GP nie.. Dah lah hampir semua pemegang pintu dah berkarat…memang nak kena GP nie..

    • Biasanya kunci pintu bilik air mempunyai `groove’. Kita boleh buka kuci pintu ini dari luar dengan menggunakan pemutar skrew atau wang syiling kecil. Caranya masukkan hujung pemutar screw/wang syiling ke dalam `groove’ tersebut dan pusingkan. Insyallah terbuka.

  6. Yang pasti, hampir semua pemegang pintu tempat buang sampah dah berkarat, setahun lagi tercabut la tue…

  7. Kepada Tuan Moderator yang merupakan Pengerusi JBWI, mohon permasalahan yang dikeutarakan di blog ini di kumpulkan dan di angkat kepada pengetahuan GP menerusi surat dan s.k kepada Tribunal atau persatuan pengguna. Jgn lupa s.k kepada KPKT dan MPS sekali. Just show how serious we are. Kalau takda tindak balas, dia (GP) ingat dia immune, kita bisik kepada MP supaya dibangkitkan di Parlimen. Kalau dia (GP) tak mahu imejnya tercemar – Dia kena react komplen kita immdiately and correctly.

    Satu lagi, pastikan orang2 di GP follow blog ini supaya diaorang tau permasalahan penduduk di WI ini.

    Wassalam.

  8. Memang kita kena bersatu dan atas suara ramai melalui JBWI… macam saya bagitau dulu… JBWI dah edarkan surat makluman dulu untuk senaraikan list kerosakan dan masalah untuk kita bertindak, tapi takde respon langsung… saya ulangi TIADA RESPON LANGSUNG… dan JBWI juga perlukan sokongan dan dokongan semua penduduk untuk memperjuangkan hak kita semua..

    so.. dari apa yang penduduk suarakan, antara masalah yang dihadapi ialah:
    1. Alarm
    2. Pintu berkarat.
    3. Tekanan air rendah
    (ni antara masalah yang ada, banyak lagiiiii)

    kalau nak bertindak, mohon semua penduduk respon apa masalah dan bagitau JBWI supaya kita boleh buat tindakan rasmi… minta maaf ya kalau saya pun dah “terlena” sebab boring berurusan dengan GP

  9. Assalamualaikum, saya mohamad rofaat dari surau Al-Hijrah, Marang, Terengganu amat tertarik dan terpegun dengan pentadbiran surau Al-hijrah kota warisan. Saya mewakili ajk surau Al-Hijrah, Marang, Terengganu, ingin rasanya untuk mempelajari cara pentadbiran surau yang lebih sistematik sebagaimana yang dilakukan di surau tuan. Diharap permohonan kami ini mendapat pertimbangan dari pihak tuan. terima kasih.

    • W’salam en. Rofaat… untuk makluman, blog ini bukan blog kepunyaan surau al-Hijrah Kota Warisan, Sepang tetapi blog salah satu taman yang terdapat di Kota Warisan.

      Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang surau al-Hijrah Kota Warisan, en. rofaat bolehlah layari http://www.suraualhijrah.myportal.my/

      atau boleh hubungi En. Hamdan Abdullah (Pengerusi Surau) 019-2732506 atau Us. Zairul al-Adib (Imam Surau) 019-6600400.

      Harap maklum!

  10. Nak tanya…kenapa kita takder sekolah menengah?…susah nak hantar anak sekolah….rasanya kena buat laa satu kat situ…sian bdk2 kena gi sekolah kat salak tinggi…tak tahu laa pendapat org lain….

    • Saya ada dengar sek men akan dibuat berdekatan dengan tapak kaw. rumah bungalow. Boleh semak dengan KPM.

    • Isu sek men dah lama di kota warisan… langkah terbaru yg diambil oleh beberapa penduduk prihatin ialah menghidupkan balik persatuan penduduk kota warisan. Tujuannya untuk memperjuangkan penubuhan sek men di kw ni.. Tanpa platform persatuan penduduk yang bersatu padu… pemaju yang mangkuk hayun tu takkan layan….

  11. Untuk makluman, berkaitan isu kunci bilik air, memang tak de kunci dibuat. Tempat lain pun sama juga, walau pun beli rumah I&P.

  12. Kemana pergi wakil rakyat kita yang menjerit akan memperjuangkan kebajikan rakyatnya????

    Sudahkah kita perpanjangkan kepadanya untuk tindakan susulan darinya, kelau setakat nak title aja dan dapat business kiri kanan, memang saya tak halalkan……………!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s