Apa hal?

Serai

Gambar ni diambil di traffic light depan taman kita. Cuba perhatikan kedudukan kereta ni dengan tanaman serai di sebelahnya, ia telah dibiar walaupun dah panjang dan menutup pandangan driver. Ini membahayakan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Jalan kotor 

Ini pula gambar laluan masuk/keluar lori-lori yang mengambil tanah sebelah Shell dan berdekatan dengan traffic light. Ia mengakibatkan jalan menjadi kotor dan berdebu dengan teruknya ketika hari panas dan mengotorkan jalan jika hari hujan. Sepatutnya pemaju Gema Padu kena pastikan yang tayar lori-lori tu dibasuh sebelum memasuki jalan raya awam. Ini adalah peraturan Majlis Perbandaran. Takkan tak paham kot?

7 responses to “Apa hal?

  1. Kita harapkan ada wakil dari pihak pemaju Gema Padu Sdn Bhd yang membaca blog ini dan teguran ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

  2. Kalau dihantar gambar ni ke penguatkuasa Majlis agak-agak ada dapat tindakan tak? Rasanya tak kot…malaysia boleh…pasal tu GP tak buat apa-apa.

  3. Cuba lah hantar …masuk website MPS bahagaian aduan…saya pernah hantar berkenaan lori sampah yg sampahnya berterabur diatas jalan di depan jalan Warisan Indah dan MPS telah pun mengambil tindakan.

  4. En. Rahman… memang senang la e-aduan tu.. saya pun baru tau… dah try cuba test tadi… tunggu respon MPS

  5. Dua hari lepas saya ada lihat pekerja Gema Padu bersihkan dan sembur air kat kawasan jalan yg penuh dgn tanah merah tu sebelah lewat petang tapi tadi saya lihat ia terbiar balik.

    ohh..pasal website tu…memang mudah…nanti boleh check balik status aduan dlm website tu under login kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s