Rondaan Pertama di Warisan Indah

Alhamdulillah malam semalam seramai 80 orang (tolak kosong) penduduk telah berkumpul lebih kurang jam 12 malam dan melakukan rondaan sekitar taman kita. Walaupun telah berkali-kali dipesan, masih ada penduduk yang tidak memasang lampu di bahagian belakang rumah (bukan marah nooo… mohon kerjasama ja).

Dalam perjumpaan semalam tu juga, rondaan Insya Allah akan diadakan pada setiap minggu (Jumaat dan Sabtu). Kalau nak ronda tetiap malam, letih wooo, tapi kalau sesiapa yang balik kerja lewat, tolonglah round sekitar taman kita ni seround dua. Begitu juga penduduk yang tak bekerja siang, mohon kerjasama round taman ni sekitar jam 12 tenghari hingga 3 petang (sebab time tu lah selalu kejadian pecah rumah). Ni bukan paksaan, hanya kerja sukarela dan JBWI faham semua penduduk letih sebab bekerja, tapi sesiapa yang sukarela membantu, terima kasih diucapkan.

Minggu depan kita berkumpul lagi jam 12 malam pada hari Jumat (1 Mei) di pos kawalan pintu masuk utama taman kita. Walaupun hari tu adalah cuti umum dan ramai yang nak berjalan dengan keluarga, dipohon sesiapa yang berkelapangan bolehlah join untuk rondaan malam tu.

3 responses to “Rondaan Pertama di Warisan Indah

  1. A’kum. Hanya nak minta pengesahan, rondaan akan datang tu khamis malam jumaat atau jumaat malam sabtu?

  2. Ya …dtglah memeriahkan sesi rondaan tsb…Utk minggu ni saya banyak memohon maaf tidak dapat turut serta sebab saya balik kampung……InsyaAllah next week saya akan turut serta mcm biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s