Kejadian Samun Di Warisan Permai

Satu kejadian samun bersenjata telah berlaku pagi tadi di jalan 2/4 Warisan Permai. Kejadian yang berlaku jam 4 pagi melibatkan 3 penyamun Indonesia yang memecah masuk ke dalam sebuah rumah dengan memotong jeriji. Ketika kejadian, mangsa seorang suri rumah hanya bersama anak-anak kerana suaminya berada di luar negara. Beliau dikatakan terdengar bunyi bising dan bangun untuk melihat keadaan dan terserempak dengan penyamun tersebut. Beliau telah diikat, namun tidak di apa-apakan dan penyamun telah melarikan barang kemas, notebook dan barangan lain. Walaupun mengalami trauma dahsyat, mangsa dapat melepaskan diri dan membuat laporan polis di pondok polis Kota Warisan.

(Macam laporan akhbar pulak). Diharapkan penduduk Warisan Indah berwaspada dan mohon kerjasama jiran-jiran yang sedar kalau berlaku kejadian tidak diingini untuk terus melaporkan kepada pihak polis. Di bawah no. penting untuk dihubungi:

Balai Polis Kota Warisan: 03- 8706 5022

L/K Ali Zamri: 013-694 7025 (Ketua pondok polis KW)

Balai Polis BB Salak Tinggi: 03- 8777 4222 / 4484 / 7761

Balai Bomba KLIA: 03- 8787 4970

7 responses to “Kejadian Samun Di Warisan Permai

  1. Kita mesti ambil tindakan proaktif dalam hal ini. Apa kata kita tubuhkan pasukan rondaan malam minggu ( sebagai permulaan) ala ala rukun tetangga?

    Kita tak boleh harapkan Polis 100% dalam hal ini kerana mereka cuma boleh ambil tindakan setelah kejadian berlaku…sebagai penduduk kita yg perlu bertindak sebelum kejadian berlaku.

    sekian.

  2. Saya amat bersetuju, tapi kita ada beberapa masalah, seperti berapa ramai yang sanggup menjalankannya dan lagi, seperti kawasan saya (8/14) belakang sekali, baru ada 4 rumah dari 48 unit yang berpenghuni.
    Tapi kalau difikirkan, selagi belum bermula, sampai bila pun tak akan berlaku. Takut juga bunyinya bila kena samun. Berharap alarm berfungsi seperti yang diharapkan.

  3. Saya sanggup…!! tapi bukan malam hari bekerja la..kalau malam hari bekerja saya cadangkan rondaan digilirkan setiap 2 jam setiap pasukan (maxima) dan saya sanggup…tak lah melepek sangat kat ofis keesokkan harinya….kalau malam hari tak bekerja saya tak kisah berapa jam asal jangan dari jam 12 – 6 pagi la setiap pasukan..teruk nanti jadinya….

    Kalau ramai yang sanggup…….boleh jimat wang dari upah security dan ikatan silaturahim akan bertambah erat serta itulah sumbangan kita pada masyarakat.

    Persoalannya……Siapa yang sanggup???…tak kan selesai masalah selagi kita tak cuba selesaikannya…marilah kita kurangkan bercakap dan buktikan dari tindakan kita…..jangan sampai terkena ke batang hidung sendiri baru nak menyesal.

    sekian

  4. Saya pun ok ja… cuma nak kongsi pengalaman di taman lama… rondaan malam ni memang dapat sambutan walaupun tak ramai ahli… TAPI tahan 1 bulan ja… pastu ramai yang tak larat… setahu saya kalau nak dapatkan cuti tanpa rekod dari majikan sebab terlibat rondaan malam hanya boleh jika rondaan tu didaftarkan dalam Rukun Tetangga (betulkan saya kalau maklumat ni salah).

    Takpalah.. camni kita start minggu depan sabtu malam. Kita kumpul jam 11 malam di tapak program keselamatan hari tu. Kira malam tu kita bincang camna nak buat sistem rondaan malam kat taman kita. Tolong war-warkan pada jiran-jiran semua nooo.

  5. Salam… terima kasih kerana memberikan maklumat terutama no telefon tu. Susah hati gak pikir benda mcm ni. Saya sokong apa juga tindakan yang bakal kita bersama lakukan.

  6. Terima kasih pada Tuan website. Saya adalah suami kepada surirumah yang di samun. Sekarang saya bekerja di Oman dan cuma boleh balik bulan 6 ini. Sedikit sebanyak website ni telah menolong keluarga saya dalam beberapa hal. Terima Kasih.

    Saya doakan perkara ini tidak akan berulang kepada rakan2 taman Kota Warisan yang lain. Saya sokong rodaan patut diadakan di kawasan ini.

    Sekarang kami sedang cuba untuk recover dari psychological trauma yang amat sangat & sedang mencari rumah lain dan tuan rumah sekarang pun faham dan bersetuju untuk kami berpindah. Sekiranya sesiapa tahu ada terdapat rumah untuk disewa di kawasan selamat saya amat berharap dapat memberitahu saya di xtranox@yahoo.com. Terima kasih.

  7. sama-samalah kita jadikan Warisan Indah dan Kota Warisan ni kawasan kejiranan yang saling ambil berat terutamanya keselamatan.

    En. Ashree… kalau perlu apa2 bantuan, bagitau… Insya Allah orang2 Kota Warisan ni dapat membantu setakat yang mampu… terutama orang2 surau dan persatuan penduduk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s