Gema Padu Balas Dendam?

Setelah JBWI menganjurkan program taklimat keselamatan Polis dan perbincangan penduduk pada 28 Mac 2009 yang lalu, pemaju Gema Padu telah bertindak memotong tanaman penduduk (di jalan 8/2) yang ditanam di belakang rumah. Apabila penduduk pergi buat aduan pada GP, GP kata itu tanah dia dan tak boleh tanam apa-apa. Yang menjadi persoalannya, kenapa tiba-tiba seminggu selepas program itu mereka bertindak demikian. Adakah mereka membalas dendam kerana penduduk bersepakat untuk mengambil beberapa tindakan kepada mereka?

4 responses to “Gema Padu Balas Dendam?

  1. Setakat ini Pemaju masih tidak mengganggu pakok yang ditanam di hadapan rumah saya, kalau berani cantas poko saya, mahu saya cantas balik apa-apa yang saya boleh cantas…banyak benda yang belum dibuatnya, sibuk dia pulak pasal tanah dia orang tanam pokok…

  2. so far tanaman di depan rumah saya pun GP tak buat apa-apa…harap-harap berkekalan la mcm tu, walaubagaimana pun..pada pendapat saya kalau nak tanam apa-apa kat belakang rumah tu sebaiknya tanya dulu GP samada boleh atau tak…sebab kalau tak tau statusnya bila di tebang pokoknya mestilah kita marah…

    selain tu…permuafakatan adalah jalan yg terbaik..sekiranya kita dapat bermuafakat berkenaan perkara ini..dan dgn persetujuan GP rasanya the best solution boleh diperolehi..sebab kalau GP benarkan..saya pun nak tanam mcm2 pokok..biar redup sikit.. sekian

  3. Kene tebang, ish3. ini tidak adil. Kot ye pun sound la dulu. Kalau pun tak bleh tanam, kasi la notis sebulan ke pada tuan rumah nak klearkan taman tu. bleh gak amik hasil yg ditanam sblm dinyahkan.

    So, maknenye konfom la kat blkg umah tak leh tanam ye. macana ngan depan umah? tgk ramai dah tanam mempelam, jambu, bunga dsb. silap hb kene cantas…….

  4. saya tanam pokok kelapa kt belakang tu
    mmg elok aje dia humban anak pokok tu

    tapi, saya tanam balik la.. haha

    memang tanah GP
    tapi dia pikir hak dia je
    hak penduduk dia buat donno aje.. janji wang besarr! wang besar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s