Pusat Pelupusan Sampah Ampar Tenang

Mungkin ramai penduduk Warisan Indah tidak tahu yang bersebelahan taman kita terletaknya pusat pelupusan sampah Ampar Tenang. Ia terletak hanya 2 km dari taman ini, atas sedikit dari pusat latihan serenti Sepang. Bau busuk yang selalu kita hidu tu datangnya dari pusat sampah ini (sekarang dah kurang sikit tapi masih bau lagi) ditambah lagi dengan bau busuk dari kilang kelapa sawit (di hujung taman ini).

Ini satu lagi penipuan @ penyembunyian fakta dari Gema Padu kepada pembeli rumah Warisan Indah. JBWI percaya boleh dikatakan semua kita tidak tahu menahu wujudnya pusat pelupusan sampah bersebelahan taman ini semasa kita menandatangani surat perjanjian jual beli rumah di Warisan Indah. Hasilnya meranalah kita dek kerana bau yang maha busuk. JBWI juga percaya kalau kita tahu, kemungkinan besar kita tidak membeli rumah di kawasan ini (nama taman je indah tapi bau busuk… apa daaa).

Tuan-tuan dan puan-puan lihatlah gambar di bawah yang JBWI ambil semasa membuat lawatan “tapak”:

 kedai-kopi

 (aikkk… dalam tempat sampah pun ada kedai kopi?)

sejauh-mata-memandang

(sejauh mata memandang)

kutip-apa-tu-bang1

(kutip apa tu bang?)

berlapis-lapis

(kuih lapis)

9 responses to “Pusat Pelupusan Sampah Ampar Tenang

  1. Tuan Moderator @ JBWI,

    Benar yang tuan katakan berkenaan Landfill tersebut. Tiada sebarang maklumat ini diketahui ataupun tertera kepada kita sebelum pembelian.

    Saya telah hubungi MPSepang dalam pertengahan tahun lepas, setelah talian di’pass’kan kepada pelbagai pegawai, akhirnya seorang pegawai memaklumkan bahawa Landfill tersebut merupakan sah dan berdaftar dengan MPSepang.

    Tambahan itu pula, apabila soalan berkenaan bilakah ianya akan ditutup, pegawai tersebut memaklumkan ianya masih belum diputuskan, mungkin 3-6 tahun lagi.

    Maklumat-maklumat tersebut hanyalah maklumat tidak rasmi melalui perbualan telefon. Sekiranya JBWI atau sesiapa yg mempunyai maklumat rasmi ataupun bercadang berkunjung ke MPSepang untuk tujuan yang sama, saya amat bersetuju dan menyokong 100%.

    Untuk pengetahuan semua juga, Landfill Ayer Hitam di kawasan Equine Seri Kembangan, walaupun diarah tutup, namun ianya memakan masa bertahun-tahun untuk ditutup secara rasmi. Inikan pula yang ‘halal’ dan tidak pasti bilakah akan ditutup..

  2. Wwoooo…memang tak lalu bila bau busuk lalu kat rumah, according to jiran saya yang kenal pengetua majlis sepang, ianya akan ditutup akhir tahun ini…wallahualam…kalau ianya diuruskan dengan betul ianya takkan jadi begini, memanglah ianya diluluskan majlis, tetapi adakah ianya mematuhi undang-undang yang ditetapkan? Masalah lain yang timbul ialah perlepasan sisa sampah ditengah jalan yang jatuh dari lori sampah dengan air sampah yang berbau.

  3. Berkenaan bau sampah ini nasib saya agak baik kerana rumah saya berada di pertengahan jalan 8/2 ini maka agak kuranglah bau tersebut.

    tetapi saya agak terkilan dengan lori-lori sampah ini. Jika tuan perhatikan ada yang tidak bertutup dan selalu sampahnya bertaburan di atas jalan ( jalan dengkil-Kota Warisan), jalan dari restoran hijaz dan jalan utama di belakang jalan 8/2 ini. Saya akan cuba membuat aduan ke MPSepang secara individu dahulu dan sekiranya tiada perubahan saya akan bawakan perkara ini ke jawatankuasa warisan indah. Saya rasa panas hati melihat botol-botol plastik bertaburan di atas jalan dan di side table jalan. sekian.

  4. Salam.

    Memang betul apa yang diperkatakan tentang masalah sampah ini. Saya sendiri pernah bertanya secara direct kepada GEMA PADU (office) tapi mereka buat-buat terperanjat dan seolah-olah tak tau kewujudan pusat pelupusan sampah dan bau yang sering mengganggu ketenangan penduduk. Ramai antara kita yang hanya mengetahui masalah ini setelah menandatangani perrjanjian. Jelas pihak pemaju cuba untuk menutup perkara ini. Kita perlu desak dan terus mendesak agar perkara ini dapat diselesaikan untuk kebaikan semua penghuni warisan indah. Saya sokong 100% untuk buat press conference.

  5. Saya juga telah beberapa kali membangkitkan isu tempat pelupusan sampah ini dalam mesyuarat JK Perunding Penduduk (JPP) yang mana saya salah seorang ajknya. JPP Kota Warisan dipengerusikan oleh seorang Ahli Majlis Dr. Wong Ang Peng dan beliau sendiri telah datang meninjau lokasi tersebut.

    Daripada maklumat yang beliau bagitau, tempat sampah itu memang dah sampai tarikh akhirnya cuma menunggu tempat pelupusan baru (katanya di Genting Senyen), bila tu masih menjadi tanda tanya.

    Dalam isu ini kita kena desak dan terus desak dan jangan berhenti desak. Mengambil kira apa yang terjadi di beberapa tempat lain, penutupan tempat sampah mengambil masa bertahun.

    Sebab itu saya mohon kerjasama daripada semua untuk beri maklumat yang saya mohon melalui surat edaran untuk kita buat memorandum tentang semua masalah di WI dan kita akan berikan kepada beberapa pihak yang berkaitan.

  6. Maklumat yang saya perolehi dari pekerja Alam Flora – pusat pembuangan sampah ini akan ditutup pada pertengahan tahun ini dan akan berpindah ke Banting. Harap2 ia akan berlaku.

  7. Patut la byk sgt lalat lately ni.
    dulu tu byk gak lalat tapi lepas wife saya report ke MPS…terus OK
    ni dah start balik byk lalat
    tak boleh langsung bukak pintu depan/belakang
    sure meluru lalat masuk dalam umah

    sekali tu balik kampung…lalat tu boleh ikut sama naik kereta
    sabar jelah..

    • Sekarang ada tak bau asap dan getah mlm2. Dia bakar pulak. Asap sampai putrajaya. Tak lama lagi kita semua asthma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s