Janji tinggal janji

Pada 24 Mac 2009 yang lalu, telah berlaku banjir kilat (entah untuk ke berapa kalinya) di Warisan Indah Jalan 8/2 (terutamanya rumah-rumah di no. 1 hingga 27 dan 2 hingga 30) yang terjejas teruk. Paras air telah naik dan hampir memasuki kereta yang diparking di luar dan paras air juga telah naik di kawasan depan dan belakang laman rumah.  Ketika hujan lebat itu juga saya telah pergi ke pejabat Gema Padu untuk membuat aduan. Keesokan harinya wakil Gema Padu memang ada datang untuk meninjau kawasan yang terlibat banjir kilat dan menemui beberapa peduduk yang terlibat.

Seperti biasa mereka menuding jari kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana tidak menyelenggara sungai yang terdapat di belakang taman ini. Mereka juga berjanji untuk mengadakan satu mesyuarat dengan menjemput wakil JBWI untuk menyelesaikan isu ini. Namun sehingga hari ini Gema Padu masih belum menghubungi saya untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Memang dah agak!

Justeru, 1 perjumpaan dan perbincangan penduduk yang tinggal di jalan 8/2 telah diadakan pada 6 April 2009 yang lalu. Dimaklumkan dalam perjumpaan itu, seorang penduduk telah pergi berjumpa Gema Padu berhubung banjir kilat tetapi GP menyatakan mereka tidak bertindak sebab penduduk tidak buat surat rasmi (kalau buat surat pun bukannya GP nak ambil tindakan). Tapi takpa, sebab penduduk yang datang perjumpaan malam tu bersetuju untuk buat surat aduan rasmi dan bagi masa 2 minggu untuk GP mengorek dan membersihkan pasir-pasir yang tersumbat dalam sistem peparitan dan juga sisa pasir yang tertinggal di jalan 8/2 akibat setiap kali banjir (dah macam tepi pantai). Kalau tidak ada tindakan, tunggu tindakan yang lebih agresif daripada penduduk!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s