Pertanyaan

Sila kemukakan soalan dan pertanyaan anda di sini!

345 responses to “Pertanyaan

  1. Salam perkenalan warga warisan indah,

    nak tanya boleh rekomen tak kontraktor untuk:
    1) grill
    2) plaster ceiling
    3) wiring

    Rumah saya dah siap, lorong 9C kalau tak silap.
    belum dapat kunci lagi…. depan rumah saya masih constuction ….
    saya dah tak sabar2 nak pindah duduk rumah sendiri.

    kalau ada maklumat boleh la email kat saya zul506@yahoo.com

    Terima kasih.

    • abang zul tinted film rumah sudah buat belum? saya adalah sebuah syarikat buat tinted film, office kat puchong, produk tinted ialah usa 3 layer, potong panas 90%. saya ada kawan buat grill mungkin u boleh dapat best price sebab saya banyak rekomen banyak customer kasi semua cakap murah, kalau berminat call saya mr john 018 257 2826

  2. en. zul 506… seeloknya pegi tengok mana2 rumah yang dah siap kat warisan indah ni… pastu bole tanya tuan rumah…. takut nanti rekomen tak puas hati pulak…

    • saya pun plan nak buat macam tu jugak…
      tapi takut tuan rumah tak comfortable nak bagi masuk…
      saya pun tak selesa nak buat inspection sampai ke dapur hehe…
      ujung minggu ni plan nak masuk tgk rumah yg tgh renovate tanya direct kontraktor yg tgh buat keje kat situ.. hehehe

      kalau ada owner rumah yang sudi dilawati oleh saya n family boleh la inform saya ye…

    • salam en Moderator, saya nak tanya . ada tak rumah sewa di Prima apartment sekarang? kalau bole saya nak masuk hujung bulan ni…Harap en. Moderator dapat tolong

  3. En Zul boleh cuba talifon Mr Chang at 0126634681, dia yang buat rumah saya dan beberapa rumah dikawasan Jalan Warisan Indah 8/12 dan 8/14. Rumah saya No23, 8/14.

  4. En Zul, kalau you boleh bagi your contact number, I will get the contractor to call you.

  5. tq En Norazhari,
    nanti saya contact contraktor tu.
    mcmana kualiti workmanship dia?
    rmah saya 59 jalan 8/4
    GP baru call ambik kunci..

    selamat berjiran.

    • Hi Encik Zul…cuma nak ucap terima kasih sebab bg nombor Mr Chang tempoh hari…memang agak murah dan berkualiti…nak nego pun senang dan proaktif…dia punya harga memang harga kontraktor kampung tapi kerja sangat OK…kitchen extension, grill, plaster ceiling semua amik dgn dia…

      Selamat berjiran la yek…

      No. 35, 8/6…

      • nampaknye kita berjiran la 8/6, rumah saya no 39.. agaknya rumah awak la yg pakai contractor mr chang mantin jaya tu yer…boleh tak saya tanya berapa rm habis utk renovation..? dapur extend sampai ke pagar ke..? harga plaster siling + grill ok x..? aritu saya ada gak quote mr.chang ni..harga dia mmg ok compare dgn 1 contractor ni…itu yg saya tgh duk2 survey2 contractor mana yg elok..dah sebulan dpt kunci tp belom wat reno pon…harap en.8/6 boleh bagi info dekat saya…thanks..

          • ohh…berjiran la kita…boleh la datang rumah kalau nak tanya apa2 sebab kalau nak cerita kat sini macam tak best pulak…buat dengan Chang ni kena banyak trick kalau tak kena makan je dengan dia…hehehehe

  6. Kualiti ni satu benda yang sangat subjective, dan terpulang kepada individu. Setakat ni kualiti dengan harga yang dikenakan rasanya berpatutan dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja, setakat ini saya berpuashati. Kalau ada benda tak puas hati, cakap pada dia sampai ok baru bayar habis.

    Macam moderator cakap tadi, kalau major renovation pastikan daftar dengan MPS, but the contractor boleh uruskannya for you.

      • Sorry lambat reply, baru perasan ada post soalan kat sini, my house end lot, jadi cost grill tu lebih lah sikit about RM9k, syiling cornice atss bawah dengan plaster syiling bawah around RM6k++.

        Setakat ni nampak tu dia (Chang) yang paling resonable, so far no complain. sikit-sikit tu biasalah, tapi cuma beritahu dia, dia akan buat balik as agreed.

  7. Assalamualaikum,

    Saya baru saje pindah ke Warisan Indah, jalan 8/2. Last week saya ke tmpoint untuk apply line telefon rumah tetapi diberitahu kawasan tiada kemudahan. Tadi saya call 100, juga dimaklumkan tiada kemudahan disediakan di kawasan mengikut alamat rumah yang saya beri. Pertanyaan saya adakah sesiapa di sini yang mempunyai line telefon rumah di kawasan warisan indah ini?

    • W’salam

      En Razi…. untuk makluman, masa mula2 taman ini diduduki memang kena tunggu beberapa bulan baru boleh apply line tepon…. sekarang dah ok, ramai penduduk yang dah ada line tepon dan streamyx…

      mungkin rumah en razi adalah fasa baru, so rasanya kena tunggu “beberapa” bulan … mungkin 2-3 bulan baru boleh apply… kalau taman atau fasa baru selalunya gitu lah… tunggu TM setting dulu… dan kena tanya dari masa ke semasa…

      • saya sebenarnya tak paham kenapa mengambil masa yg lama sedangkn dah ada penduduk di depan dan blkg rumah. selang satu jalan pun dah ada line telefon. telekom bz sgt kot. tadi saya call 100, sama jgk jawapannya, status tak update. mcm diaorg xcheck pon aduan saya tuu.

    • saya nasihatkan ke tm point balik utk:-
      1. kenal pasti samada no jalan tu yang sudah ada atau belum dalam sistem telekom
      2. kalau sudah ada dalam sistem…then pttnya diorg akan minta contractor tm utk start buat pemasangan dr rumah ke rumah (tak sure pasang apa..tp kira connection dr rumah ke remote terminal la kot)
      3. kalau contractor dh pasang…then dh boleh push utk dapatkan line secepat mungkin..

      in the mean time….call juga 100 utk buat aduan

  8. Salam En.Razi,

    Saya pun baru berpindah ke Jalan 8/2.
    Juga menghadapi masalah yang sama bila nak pasang TM phone line.
    Saya sekrg dah buat report pada TM dan tgh tunggu apa statusnye.

    • nanti kita sama2 tanya progress aduan kita..tgk diaorg dh ambik tindakan ke blum. nanti apa2 bolehlah update kat saya. saya pon akan update gak kalo ada progress. tadi call still TM xde buat apa2. saya sbnrnya nk kejar buat home automation ni :)

  9. baru dpt update dari tm…katenye cable middle next month baru diorg tambah. skrg ni dah penuh.
    so..nampak gaye lambat lagi la boleh connect phone ngan alarm.
    TM mmg slow.. saya punya application + aduan ni dah 3 minggu dah. Dpt update ni pun pasal tiap2 hari call + pergi ke TM Point

  10. salam,

    nak tanya jugak kalau belakang rumah kita buat wall 5 kaki + pasang awning + grill, kena mintak kelulusan MPS jugak ke? berapa bayaran & mcmana prosedurnye ?

    TQ.

    • Kalau tak silap, semua jenis renovation minor dan major (contoh pasang gril) sekarang ni dah kena minta kelulusan MPS. Kalau nak senang suruh je kontraktor yang uruskan. Tapi kalau takmau kena “kencing” dengan kontraktor elok la en. zul506 pergi sendiri ke MPS dapatkan maklumat lanjut.

      Mungkin penduduk lain ada maklumat, boleh kongsi di sini.

    • EN Zul506,

      Memang MPSepang suruh apply jugak permit walaupun kerja-kerja kecil. Yang en Zul nak buat tu termasuk dalam kerja-kerja kecil yang tidak melibatkan extension. Saya dulu dieorg caj dalam RM313 termasuk RM200 untuk deposit yang akan dikembalikan bila semua kerja dah siap. Tempoh sah laku permit dalam 1 tahun.

      • en.razi,

        saya nak tanya..selain dr doc2 yg perlu diserahkan kpd MPS adakah plan drawing juga perlu? bila saya tanya 1 of the contractor cost utk submit paper ke MPS shj 2500…logik ke tu..? ke saya kena kencing..? itu katanya termasuk drawing n paper works…
        saya tgh nego ngn 1 of the contractor kat warisan indah..rumah saya kat jln 8/6

        • Puan,

          saya cadangkan puan pergi ke MP Sepang sendiri bertanyakan berkaitan perkara tersebut. Kalau ada extension memang logik juga kalao fee cecah ribu2.tp kalau tak salah sayalah, untuk extension bawah aje maybe tak cecah RM2000. apapun baik ke kaunter OSC di MP Sepang Cyberjaya untuk pastikan harga sebenar.. Mereka akan senaraikan jumlah fee berdasarkan extension yang hendak dibuat. Kalau ada perubahan pada layout asal memang rasanya perlu drawing plan dan kalau extension yang dah biasa di buat oleh orang, mcm extend belakang rumah bhg bawah tu, selalunya kat MP Sepang sendiri dah ada standard plan tersebut..boleh cuba tnya sekali psl pelan tersebut.

          • ok en.razi thanks .. saya dh dptkan contractor lain utk uruskan hal tersebut, dia just ambik seribu lebih jer …saya ada gak survey kat wesite mps, bayaran mengikut keluasan yg nak extend…sy rasa harga yg contractor terbaru ni bg reasonable so, sy setuju ..

  11. TQ tuan moderator & En. Razi,

    Nampak gayanye kena la saya pergi ke MPS jugak. Just to share, saya pun trus call MPS tadi : dokumen yg diperlukan adalah salinan i/c, salinan S & P dan salinan CF. Bayaran pulak RM 200(deposit-dikembalikan), proses pelan RM103 dan sticker RM 10. ini adalah bayaran untuk minor renovation…… tq.

  12. Salam semua,

    nak tanya lagi, dalam S & P spec pintu bathroom adalah PVC tapi pintu BR rumah saya plywood… memang mcm ni ke atau saya yang salah faham??

    TQ.

    • Kalau tak silap saya, ada penduduk kita yang adu kat Gema Padu benda dalam rumah tak sama dengan S & P dan GP tukar balik. Memang hak kita sebab GP janji macamtu dalam S n P. Terkadang kita pun tak perasan. en. zul506 boleh pergi adu dan bekeras sikit. Kalau depa takmau tukar minta pampasan.

  13. Salam kejiranan semua,
    saya nak bertanya sikit pasal masalah alarm nie.. saya sedia maklum yg ada beberapa company yg supply alarm system utk rumah-rumah kita di warisan indah. Rumah saya di jalan warisan indah 8/4 menggunakan sistem berjenama OYL. sejak saya berpindah sejak 2 bulan lalu saya cuba menghubungi orang yg bertanggungjawab utk power up system itu tetapi tidak pernah dijawab sehinggakan saya perlu call HQ OYL Technology terus. saya cuma ingin bertanya ada tak jiran-jiran yg lain menghadapi masalah seperti saya ni.
    satu lagi saya nak berkongsi pengalaman/nasihat dengan jiran-jiran yg bakal menjadi warga warisan indah. Mohon anda semua buat defect betul-betul dan menyeluruh. kemudian, selalulah menghubungi atau berkunjung ke pejabat maintenance GP. sekiranya berurusan dgn mereka tak perlu la nak berlemah lembut… lebih baik bertegas kerana response pihak maintenance sgt sgt lembab!! Satu lagi utk makluman semua, deposit RM500 utk ambil kunci tuh kita tak perlu bg pada pemaju.. kalau diminta cuma maklumkan pada diorg yg kita tak buat keputusan samada nak renovate atau tidak rumah. bukan apa sudah hampir 3 minggu saya mohon utk dpt balik duit deposit tuh… tp hingga sekarang tak dpt-dpt lagi..
    harap – harap mereka yg bakal dapat kunci tu tidak mengalami pengalaman pahit berurusan dengan maintenance GP. :)

    • En. najmi, masalah2 yang disebutkan tu sudah dilalui oleh penduduk2 yang lain yang dah lama tinggal di warisan indah. Hakikatnya memang GP adalah pemaju yang teruk. Pasal alarm tu, JBWI dulu ada edarkan makluman kepada semua penduduk yang hadapi masalah alarm untuk bagi maklumat lengkap agar kita bertindak melalui JBWI, namun tiada sambutan. Untuk saya round satu taman ketuk pintu satu persatu bertanyakan masalah rumah memang saya tak mampu.

      Cuma saya nak maklumkan yang masalah banjir kilat yang dihadapi oleh jalan 8/2 dulu dapat diselesaikan oleh JBWI bila kita buat surat aduan rasmi atas nama JBWI. Boleh rujuk post2 lama dalam blog ini. Kalau kita buat aduan atas nama penduduk semua melalui JBWI, ia lebih kuat berbanding individu. Terpulanglah pada penduduk.

      Pasal duit, sepatutnya dah dapat balik. Memang kena berkeras dengan GP ni, memang GP suka kalau orang marah. Kalau tidak hajat kita memang lambat dapat.

      • Tuan moderator, terima kasih utk reply dan juga usaha dan masa yg telah diberi untuk blog ini. saya amat gembira bila mengetahui kewujudan blog ini.

        JBWI ini adalah suatu usaha dan wadah yg amat baik utk kita saling mengenali jiran-jiran kita terutamanya saya. mudah mudahan usaha tuan ini akan meningkatkan silaturrahim antara warga warisan indah seterusnya dirahmati Allah.

        saya berkongsi masalah tersebut untuk peringatan kepada mereka-mereka yg bakal berpindah masuk. moga – moga mereka tidak akan menghadapi masalah seperti kita walaupun saya rasa semua org akan merasainya sekiranya berurusan dengan GP. hehehe…

  14. cerita psal alarm, rasanya patut satu warisan indah ni dipasang oleh INIX. tp mungkin ada problem masa awal2 pemasangan dulu, GP terminate kontrak INIX dan bg pada company lain. anyway, kene rajin2 call diorang ni, lama2 dapat la buat appointment. mcm kes saya, bulan 9 tahun lepas buat report psal smoke detector, bulan lepas diorang datang buat.

    mungkin dah jadi budaya kat negara kita ni. kalau complaint mesti lewat diorang nak layan. sekarang ni kerajaan pun dah byk saluran. susah2 sgt aju masalah ni pada pihak yg berkaitan (cth: Biro Pengaduan Awam / KPDNHEP / MP Sepang dan sewaktu dgnnya)

  15. En Maikel,

    Bukan semua rumah di pasang oleh INIX. Macam rumah saya pakai OYL sama mcm En Nazmi.

    En Nazmi,
    Cuba contact mamat ni: Ng: 0123727251. Dulu saya activate alarm dgn dialah. Setakat ni takde masalah dgn dia..tp dh dkt sebulan saya tak call dia ni.

  16. En. Razi,
    saya dah cuba call mamat nie berkali-kali.. tp tak penah nak jawab. ntah la maybe dia dah tak kerja ngan OYL dah kot.. nak harap GP utk arrange… kirim salam laa…

  17. Just untuk update masalah pasal alarm ni.. saya dah berjaya utk dapatkan Ng yg dipertanggungjawabkan utk activate alarm rumah jenis OYL. kalau sesiapa ada masalah untuk menghubungi Ng, jgn segan silu… teruslah call HQ OYL Tech…buat suara marah sket.. InsyaAllah dia akan call balik lepas tuh.. hehehe
    ni no HQ OYL Tech : 03-55413150

      • En. Razi, alarm rumah saya masih belum di activate alarm. sepatutnya nak buat pada hujung minggu yg elektrik dikatakan tak ada tuh.. so terpaksa ditunda ke minggu berikutnya. kemudian, Ng OYL tuh pulak sakit so tunda lagi.. harap2 hujung minggu nie buleh la buat. Pasal Home Automation tuh saya tak pasti maksud en razi… home automation utk apa yer?

        • oo yelah tuu.. sy cdg pon nk panggil Ng mggu ni..tp call td xangkt2 plak. home automation tu kalau kita ada connection dgn telefon, boleh la kita set alarm, nk bukak lampu ke guna handphone saje, tp saya nk apply utk telefon dh dkt 2 bulan telekom xkasi apa2 maklumbalas, nk call dh malas, asyik status ‘kaji siasat’ aje..ssh2 saya xactivate home automation tu

          • ntah la saya dah malas nak call NG tuh.. pasni sy akan call HQ dia lagi.. direct terus ngan company dia.. senang macm tuh.. hehehe

          • Salam En Najmi & En Razi,

            Dah activate ke alarm OYL tu? Blh share tak apa automation pakej yg dia bg. Sebab kita tak tahu apa full pakej yg sepatutnya kita dpt under OYL ni.
            Automation kt rmh saya cuma blh on/off 3 lampu je. Lampu living hall bwh & atas dan lampu belakang. Blh control alarm by phone call. Itulah yg di brief masa setup alarm. Apa yg tidak diberiatahu (mungkin dia lupa?!!)
            – ada 3 relay suis utk kontrol aircond, and 2 power point kt dapur. kalo perasan kt barisan suis tepi tangga tu ada satu blank soket. Itu adalah suis relay aircond. Sepatutnya di pasang….tp tak pasang.
            – sebenarnya ada 4 lampu yg blh on/off..satu lampu lg adalah lampu porch keta. Ini kena verify balik…cuba baca manual book. Maaf kalo sy trsalah baca.

            Just nk tau OYL ada setup tak 3 relay suis and lampu ke 4 tu kat rmh u all?

  18. nak tanya pasal taska atau daycare di kawasan kota warisan… insyaALLAH lepas habis pantang kami akan berpindah ke sana…

    kalau ada sapa2 boleh rekemen taska atau daycare yang boleh accept umur 3 tahun dan baby 2-3 bulan boleh la e-mail kat saya di asrulmunir [at] gmail [dot] com

    terima kasih didahulukan.

    wassalam.

    • En Asrul boleh hantar ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Warisanku yang akan dikendalikan oleh saya, yang akan dibuka secara rasmi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ni.

      Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya sebagaimana saya telah jelaskan dalam email balas kepada en. Asrul.

      TQ

      • Salam,

        Boleh email kpd saya ttg fees taska ni, such as fees for transit, daycare, operating hours etc.

        Saya ada 5 org anak yang bercadang untuk diletakkan di taska pada tahun 2011, Insyaallah.

        Terima kasih.

  19. Salam,

    Saya sedang berkira2 uk membeli rumah di Kota Warisan, fasa baru, teres 30×75….nak tanya pendapat otai2 tentang kesesuaian untuk tinggal di Kota Warisan.

    Ada beberapa kritikan saya dapati, cuma kesahihannya agak kabur. Di harap tuan moderator dan yang lain2 dapat menjelaskannya agar senang saya membuat keputusan…. Antara kritikannya;

    1. Hampir dgn tempat pelupusan sampah
    2. Hampir dgn Pusat Serenti
    3. Kawasan perumahan dibangunkan di atas tanah paya
    4. Crime rate yang tinggi

    Terima kasih.

    • En. samad…

      jawapan…

      1. Warisan Indah mmg berhampiran dgn tmpt pelupusan sampah (2 kilometer ja).. cuma dulu mmg bau teruk tak kira masa… skrg ni dah jarang2 bau… tp tak bererti penduduk WI rela tmpt tu dikekalkan… bole rujuk post2 lama berkenaan hal ni…

      2. Pusat serenti yg dimaksudkan bukan pusat tahanan serenti yang biasa tu… yg dekat dengan WI (juga 2 kilometer dari WI sebelum sikit tmpt sampah) tu sebenarnya pusat latihan bagi pelatih pusat serenti… yg ada di situ geng2 yang nak belajar keusahawanan atau latihan lain2… kalau pusat serenti betul.. kat pekan dengkil sana…

      3. Yang ni saya tak tahu pulak (sapa2 ada maklumat bole kongsi).

      4. Kalau ikut IPD Sepang, Kota Warisan bukan black area bagi crime… cuma tak dinafikan memang terdapat kes pecah rumah di KW… di WI pun ada berlaku tapi terkawal… maksudnya jarang2 berlaku berbanding kawasan atau tempat2 lain…

      umumnya en samad… kota warisan ini memang ok untuk didiami…. lanskapnya cantik la….. pihak surau dan penduduk juga aktif menjalankan pelbagai program… kalau di WI ni sebab baru lagi… persatuan rasmi pn takde lagi… jd program besar baru 1 je la… lagipun WI ni baru 1 tahun lebih je buka…

      itu dari segi penduduk dan suasananya la… tapi dari segi rumahnya kena pertimbang dan fikir panjang….

      Kalau nak beli di WI fasa baru tu… terpulang pd en samad… cuma kami penduduk lama di sini nak pesan… pemaju Gema Padu ni mangkuk hayun sikit… maintenaince lembab… kualiti rumah dari luar nampak ok tapi banyak problem terutama fasa2 baru sebab depa kalut nak siapkan… alarm rumah yang dijanjikan ada rumah fasa awal sampai hari ini panel wiring pun takde lagi…

      Kalau Gema Padu kata … apa ni dok perburuk nama GP… ya kami penduduk WI akan terus perburukkan nama GP sampai hak kami dibereskan…

      en. samad boleh mari ziarah kami di WI sambil kita minum tea tarik… sambil kita sembang pasal WI….

      • Saya rasa soalan pasal tanah paya tu rasanya tak betul, kawasan WI dipotong dari kawasan bukit, pasal kawasan tepi rumah saya tu keras tanah liat, pemaju sikit pun tak korek dan tambak dengan tanah lain, nak kena buat sendiri….

        Project rumah dihadapan rumah saya (8/14 dan 8/16) sekarang terbengkalai, tak ada orang kerja, dengarnya pemaju tak bayar gaji…

  20. Nak tanya la pd jiran-jiran di WI…ada tak yg berminat nak menawarkan servis hantar anak saya ( 1 org – darjah 1) ke Sekolah pagi dan KAFA petang setiap hari secara tetap?
    Buat masa ni kami ada chartered kakak (nama dirahsiakan) tapi servis tak berapa baiklah…kami pun taklah demand tinggi cuma kakak ni ..

    1.kekadang kelam kabut kalau terlewat
    2)Kereta dia asal boleh sumbat masuk …sampai dua tiga trip
    3)lately ni selalu tak amik anak saya ke sekolah agama….terlupalah ..tak sihatlah …dan tah apa-apa lah
    4)terlalu lewat anak saya balik dr sekolah pagi…kekadang balik dlm 20mnt dah nak amik balik hantar ke KAFA jd ada time anak saya tak sempat nak makan tghari pun..
    5) anak saya mengadu terlalu lewat dia diambil (sebab banyak trip) jd dia tunggu lama kt tempat tunggu depan sekolah tu.

    saya minta jasa baik kalau ada jiran yg setiap hari hantar anak ke sekolah kalau boleh tawarkanlah servis utk anak saya jugak..saya akan bayarlah kosnya.

    No. tel: 0123888374 /0127602174

    Sekian….

  21. Salam pada Warga WI,

    Saya nak bertanyakan tentang tempat mengaji Quran untuk kanak-kanak di WI. Ada tak warga WI menyediakan khidmat ini pada sebelah malam ? Kalau ada, nak hantar 2 orang anak saya.
    Kepada Pn.Nazrin – Taska Warisanku yg akan di buka lpas raya nnt x der ke kelas ngaji Quran ?

    Sekian, Terima Kasih.

    • En. Ishey… kat rumah no 23. jalan 8/2 Baritus Sakinah tempat anak2 yatim tu ada dok ngajar ngaji al-Quran… harap maklum…

      • Kepada En. Tapai,

        Terima kasih…saya akan hubungi tempat tersebut nanti. Saya tinggal di jalan 8/4. Dekat rupanya..terima kasih juga pada AJK yang telah menyediakan web ini yang mana sungguh bermanfaat kpd warga WI.

        • pn wardah… yang tu kena tanya baitus sakinah ler…. tapi rasanya dieorang terima je… cubalah tanya

  22. Salam 1Malaysia buat semua warga Warisan Indah.

    Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Bertindak Warisan Indah (JBWI) kerana memberi peluang kepada penduduk dalam kawasan warisan indah untuk berkongsi idea dan pengalaman mereka dalam blog ini. Sungguh bermakna kerana banyak info yang dapat saya baca dan dijadikan ikhtibar.

    Saya ingin berkongsi pengalaman pahit saya yang sudah bermula dengan GP. RM500 deposit untuk renovation tidak saya bayar kerana ianya tidak ade dalam perjanjian jual beli. Selepas bertikam lidah dengan sales director, Irene dia akhirnya mengalah kerana tidak dapat menjawab soalan yang saya ajukan. Kedua, GP mengenakan caj kelewatan $500+ kerana menurut GP, bahagian pinjaman tidak release bayaran ikut masa. Menurut BPP(bahagian pinjaman perumahan) pula, kelewatan itu disebabkan oleh maklumat tidak lengkap dan juga beberapa sebab dimana mereka menyalahkan GP dan satu surat telah dihantar kepada GP oleh BPP untuk waive caj lewat itu. GP pula membalas surat menyatakan bahawa, pembeli yang menyebabkan kelewatan penghantaran dokumen ke BPP kononya saya lewat menjelaskan bayaran peguam untuk MOT (memorandum of transfer) tetapi sebelum ini mereka pernah beritahu saya bahawa fee tersebut boleh dijelaskan dalam 2 atau 3 bayaran. Memang benda ini terkandung dalam perjanjian jual beli dan saya tidak mempertikaikan hal ini tetapi GP tidak berhati perut. Saya jumpa kembali BPP hari ini kerana saya memang tak puas hati dan mereka mengesahkan bahawa kelewatan itu hanya dalam berapa hari sahaja dan cajnya pula RM500+. Kepada sesiapa yang terkena dengan muslihat GP ini, mintak tolong nasihatkan apa yang boleh kita buat.

  23. salam tuan2 sekalian,

    saya bercadang membeli rumah di kota warisan.fasa baru (22’x75′).saya meminta pandangan tuan2 mengenai kesesuaian saya untuk membeli rumah di sini.

    Ada sedikit kemusykilan mengenai:

    1)reputasi pemaju termasuklah kualiti rumah,tempoh yg diambil untuk siapkan satu2 fasa adakah terlajak atau pun ‘ahead of schedule’,adakah spec rumah mengikut yg ada dlm S&P.adakah kemungkinan berlakunya fasa projek terbengkalai?

    2)kekerapan berlakunya banjir kilat di kawasan warisan indah?kawasan mana yg selalu kena banjir?ok ke sistem perparitan di kawasan ni?sudah ade penyelesaian dari pihak pemaju?

    3)duk kat sini selamat ke?

    harap tuan2 sekalian boleh berkongsi pendapat.

    daripada website ni,dapat saya rasakan yg jawatankuasa yg tuan2 tubuhkan ni aktif meluahkan pendapat dan beraktiviti.

    untuk makluman sudah beberapa kali saya ke tempat tuan2,ade juga rasa nak bertanya,tapi setiap kali ke sana,tak nampak kelibat tuan2..mungkin salah timing kut…

    sekian,terima kasih

    • puan rin…

      1) kalau baca post2 dlm blog ni dapat tahu la performance pemaju camna…. kebelakangan ini rumah2 yang fasa baru banyak yang problem… macam2 probelm la… yang fasa awal dulu pun dah banyak aduan tak layan…. terbengkalai tu mungkin tak la… tapi kualiti rumah boleh dipertikaikan… janji ada alarm… dah abih warranty pun ada rumah yg tak pasang alarm…

      2) banjir kilat so far dah selesai bila pemaju ambil tindakan setelah penduduk buat aduan… tapi still kalau hujan lebat air masih naik.. tapi tak seteruk dulu.. tu pun hanya jalan 8/2 yang terlibat

      3) mmg ada kes dulu pecah rumah tapi sekarang ni dah laam tak dengar… lagipun taman ni dah setuju nak lantik syarikat kawalan keselematan untuk jaga…

      puan rin.. kalau mai taman ni tegur je penduduk yang ada… insya Allah semuanya ramah… hehehe

      • terima kasih en warisan indah dengan penjelasan yg di beri..

        cuma ade lagi satu pertanyaan,kalo pemaju call utk sign s&p nanti,boleh tak kite bgtau pemaju yg kite takkan sign selagi loan tak approved?takut2 lah nanti dah sign s&p, bank loan tak approve atopun kena reject..tak ke haru biru nanti..

        sekian

  24. En.Jay,
    Deposit RM500 tu tak payah bayar pun takpe sbb GP takde hak. RM500 tu adalah deposit yg patut dibayar kepada MPS bagi jaminan yg sampah2 dari renovation tu akan dibuang oleh kontraktor masing2.

    GP ada juga minta RM3000 untuk kontraktor “luar” tapi saya buat tak layan. Sbb kalau bayar jawabnya 5 tahun lagi la baru dia pulangkan.

    Bagi yg ingin membeli rumah disini saya cuma ada satu/dua nasihat saja. Kalau developer offer nak tambah wiring, air cond point, etc baik tak payah setuju.

    Simpan segala surat menyurat dan jgn percaya bulat2 developer ni. Anything insist on black & white tak kira berapa remeh you think it is. Baca segala apa yg dia suruh sain & kalau tak setuju suruh dia ammend. Better still kalau ada kawan lawyer bawa sama atau minta nasihat thru phone. They all ni kalau dengar lawyer baru le nak treat you betul2 (unless you are a bungalow buyer).

    Saya dah terkena…air cond point yg ditambah tak boleh digunakan semasa nak install air cond. Copper piping bengkok, pipe outlet tersumbat…end up saya kena buat balik semua.

    Complaint kat En. Asmady, dia kata dia boleh hantar orang untuk check. Masalahnya saya nak install hari tu….kalau nak tunggu orang dia tah zaman bila baru sampai and then kalau datang pun dia nak buat apa? Hack balik semua wiring tu? Jangan harap le. So lebih baik ambil basic unit and then later tambah sendiri je…kurang sikit pening kepala.

    • saya setuju dengan En Murtada pasal aircon point tu. Jika kita bayar kepada pemaju, kemungkinan pemasangannya tak elok, paip dah bengkok/bocor dan lokasinya tidak sesuai boleh menyebabkan kita abandon saja pemasangan tu. Tapi kalau dah bayar tu tak boleh buat apa la.

      • Itulah masalahnya…dah banyak saya dengar mengenai rungutan pembeli disini, saya dah suruh pasang aircond piping and wiring sekali masa beli, apa nak buat,tapi belum pasang lagi aircondnya…nak pergi jumpa Elaine sendiri dan dapatkan kepastian dari dia untuk mengatasi masalah aircond ni…kalau jumpa hasmady…kucing bertanduk pun tak tahulah, kalau boleh nak dapatkan contractor yang buat piping tu sendiri….

  25. aslmkum warisanindah,
    saya skunk tgh working utk menyiapkan penyelidikan thesis sya yg berkaitan dengan masalah bau di tapak pelupusan Sanitari Ampar Tenang.
    saudara boleh e mail sya dan saya akan beritahu seba sedikit mengenai kajian sya ini kerana sya memerlukan pertolongan penduduk yg tggal berhampiran dengan tapak ini.

  26. aslmkum
    saya skrang tngah working untuk menyiapkan thesis saya yang berkaitan dengan bau dari tapak pelupusan sampah ampar tenang.
    masalah saya di sini saya kna colect data perbandingan dengan hari biasa dengan hari hujan di kawasan sekitar ampar tenang dengam menganalisis kandungan gas di sekitar kawasan landfill.
    sya mendapati kota warisan merupakan kwasan perumahan yang paling hampir dengan landfill ini.
    sya telah mendapatkan bacaan pada hari biasa dan sekarang tgh menunggu untuk mendapatkan bacaan pada hari hujan.
    kiranya ok sekiranya ada sesiapa yang boleh memaklumkan kepada saya sekiranya kawasan Ampar tenang sedang hujan.
    hal ini akan memudahkan saya untuk terus pergi ke kawasan landfill pada waktu hujan.
    ini no fon saya
    017 4583317
    zmer_merah@yahoo.com

  27. Salam semua,
    Saya dapat khabar di jalan 2,4,6 ada dibuat semburan nyamuk aedes, dah ada kejadian denggi ke dikawasan itu? Saya di jalan 14 ni banyak air bertakung terutamanya di kawasan pejalan kaki di antara dua blok, dah penat beritahu GP suruh tambak mengelakkan air bertakung tapi dia orang buat bodoh aja, dibahagian depan nampak dah tambak tapi berhenti separuh jalan aja. Kalau betul sudah ada yang terkena denggi, saya nak pergi serbu GP lagi dan ini akan menjadi alasan yang lagi kuat dan nak report pada MPS atau jabatan kesihatan.

  28. Nak takya sama ada Rumah Teres untuk disewa di Kota Warisan?
    Saudara saya tengah satu unit rumah sekarang.
    Harap rakan rakan boleh bantu ;-)

  29. Salam,

    Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah saya di warisan indah boleh menghubungi saya.

    Rumah 20X75
    dilengkapi kipas dan lampu disetiap bilik, kitchen cabinet & plaster ceiling. bahagian belakang telah disambung.

    sila hubungi 013-4219771 (zul)

    Dulu punyalah semangat nak duduk rumah sendiri, buat lah renovation apa yg patut. baru nak start kenal jiran2 dan join aktiviti warisan indah…….tup2 kena transfer ke negeri lain pulak. terpaksalah sewakan rumah kesayangan. saya sempat duduk sebulan sahaja.
    Terima kasih.

  30. Aslmkum, saya bakal menjadi sebahagian warga penduduk warisan indah tidak lama lagi. Insyallah….Rumah yang saya beli di jalan 8/16. Saya tertarik mendengar komen@masalah yang timbul dikawasan kita ni. Saya pun tak menyangka pelbagai masalah yang berlaku sehingga saya rasa takut plak apa masalah yang akan saya hadapi bila saya memiliki rumah impian saya. Bila dengar satu per satu masalah saya pun tak tau nasib yang menimpa saya pulak. Saya bersyukur krn walaupun saya belum lagi menjadi warga WI namun saya dapati JWK WI amatlah aktif sekali dalam menyuarakan masalah kepada pihak berkaitan. Terima kasih JWK WI kerana sudi membantu warga2 WI yang menghadapi masalah. Insyallah jika ditakdirkan saya menjadi warga WI, saya akan melibatkan program2 @ aktiviti yang dijalankan.

  31. Selamat datang ady…….walaupun banyak masalah namun masalah ini cuma tertumpu kepada sikap pemaju Gema Padu (GP) saja.

    So far….saya quite happy tinggal di kawasan ini. Cuma kalau GP bersikap lebih proaktif, saya rasa penduduk akan merasa lebih seronok tinggal di sini. Walaubagaimana pun saya bersyukur JBWI amat aktif menyuarakan pendapat penduduk di sini.

    • BANJIR WI 8/14 PADA ISNIN, 10 MEI 2010
      Satu laporan rasmi kepada MPSEPANG melalui e-ADUAN telah dibuat pada 14 Mei 2010 berkenaan dengan banjir kilat pada petang isnin lepas di Jalan 8/14 (saya terpaksa memarkir kereta di belakang rumah dan meredah hujan bersama anak dan isteri kerana kedua-dua jalan masuk dipenuhi air) beserta bukti dalam bentuk gambar foto. Saya telah memaklumkan kepada YDP MPSEPANG pada petang Rabu, 13 Mei 2010 dan YDP mohon supaya aduan rasmi dibuat. Mohon emel kepada saya aziz@seriputeri.edu.my bagi membolehkan saya menghantar gambar foto yang diambil pada hari kejadian kepada tuan. Terima Kasih.

  32. En Aziz,
    Terima kasih di atas usaha membuat aduan pada pihak yg berkenaan.
    Saya sendiri telah menghantar surat rasmi berserta gambar kepada KPKT, MPS serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor berkenaan hal ini pada 11hb Mei.
    Sebelum ini pun banjir yg selalunya cuma berlaku di hadapan rumah saya telah saya adukan kepada MPS dan KPKT. Saya ada terima salinan surat arahan yg dihantar kepada GP dari KPKT untuk melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini sebelum berlakunya banjir 10hb Mei.
    Satu lagi masalah adalah selepas banjir apabila air telah surut. Masalah lumpur yang ditinggalkan juga menjadi satu isu. GP sepatutnya menghantar pekerja mereka untuk membersihkan all the mess. Namun everything fell to deaf ears. Yg menjadi pekerja Bangla/Indon adalah saya sendiri dgn menyembur jalan dihadapan rumah saya bagi mengurangkan keadaan berhabuk dan kotor.
    Kalau nak diikutkan hati nak saja saya menyaman GP atas segala kos yg terpaksa saya tanggung.

  33. Salam,
    Ada sesiapa boleh komen mana bagus hantar anak pergi sekolah kebangsaan cyberjaya atau sekolah kebangsaan kota warisan?

    • en. zulfadzli…. tahniah kerana concern dengan perkembangan anak… saya naib YDP pibg sek keb kota warisan…. nak citer sikit… masa saya dan rakan2 ajk pibg dilantik mula2 tahun lepas memang sukar nak tukar minda guru2, pelajar dan ibu bapa untuk berani berubah…

      UPSR 2008 ada 7-8 orang pelajar yg dpt 5A… tapi dengan motivasi dan semangat, pibg cuba untuk capai target lebih drpd tu… alhamdulillah tahun lepas kita ada 16 orang yg dpt 5A…. memang betul peratusnya masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang 100 lebih… tapi guru2, pibg dan pelbagai pihak cuba dan terus cuba untuk yang terbaik….

      tahun ni pibg cuba gerakkan mini pibg… maksudnya ada ajk kecil pula dalam setiap kelas… so kita ada pibg induk dan ada mini pibg…. mini pibg akan bantu pibg induk untuk kenal pasti apa masalah anak2 kita semua demi kecemerlangan semua… mini pibg bukan keje hentam cikgu atau sekolah je… tapi lebih kepada kita sama2 bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan untuk kecemerlangan pelajar bersama…

      pihak sekolah dan pihak pibg sentiasa buka ruang untuk berbincang demi kebaikan pelajar2… memang ada penduduk kota warisan yang hantar anak2 mereka ke cyberjaya dan lain-lain atas beberapa faktor… tapi kami pibg sek keb kota warisan insya Allah terus komited untuk melaksanakan apa yang terbaik untuk semua pelajar… dah banyak siri motivasi untuk pelajar dan guru kita buat… tapi perlukan juga kerjasama ibu bapa untuk sama2 jayakan hasrat murni ni…

      so en. zulfadzli… terpulanglah nak hantar anak ke sekolah mana…

  34. salam hari raya

    saya ingin bertanya, masa saya lalu di laluan erl salak tinggi, saya ada ternampak pasaraya giant baru siap dibina….project tbst atas kwsn bandar baru salak tinggi ke?

  35. Salam En Irwan. nak tanya ada tak kenal sape2 yang pandai pasang lampu. x banyak. 2,3 biji je. pegi tanya kat kedai, dia nak charge mahal sebab sikit. x berbaloi nak datang. kalau ada wireman kat kota warisan ni lagi ok. terima kasih

    • en zawawi… kalau suruh kedai memang mahal. 1 lampu caj rm10 bergantung kepada jenis lampu). Saya dulu pasang sendiri je kecuali yang susah punya. Tanya2 orang camna nak pasang…. Alhamdulillah menyala gak akhirnya hehehe… emmm kalau nak suruh orang kota warisan pun kena ada kosnya gak tu… nantilah saya tanya2kan

  36. Salam tuan x ,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin semua.
    Kediaman saya di Warisan Indah 8/6 , tapi x pindah lagi, sbb anak akan menduduki SPM hujung tahun ini.
    Anyway, saya di fahamkan penduduk kediaman tempat kita akan mengadakan sambutan Hari Raya pd 9/10 nanti. kalau x sah. Td saya jengukx kalau ada borang penyertaan tp belum ada. Disini minta tolong jelaskan carax penyertaan nya. Saya hanya ke sana pada hujung minggu sahaja.

    Lagi satu, saya ada bertujuan untuk mengadakan kenduri kahwin di kediaman ini pada bulan 12 /10 nanti. Olih itu ada apax pandangan/cadangan baik untuk membantu bagi saya menjayakan upacara ini kelak.
    Persiapan adalah: cadagan /perancagan:

    catering – booking telah dibuat
    kompang team – masih belum dapat
    sound system- belum dapat/ simple musics

    Lain lain-
    cadagan tuanx untuk masyarakat setempat bertemu dan berkenal.

    Sekian

    • en Ahmad… majlis rumah terbuka tu insya Allah jadi… belum diedarkan surat sebab next week ni baru nak panggil ajk meeting… nak join senangnya, just bank in rm50 dalam akaun… Insya Allah semua tu akan dimaklumkan kemudian….

      pasal kenduri kahwin tu, insya Allah penduduk warisan indah boleh tolong sikit sebanyak… team kompang n PA system kat kota warisan ni pun ada… boleh berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut… insya Allah

      • Encik Irwan,
        tentang Hari raya WI nanti, cadangan nya camne? catering ke atau camne.
        Kalau ramaix nak gotong royong buat yang terpilih spt bakar lemang/ ikan/ayam/soursages dan lain x jika ada bagus juga. Menux lain bolih catering buatkan. Tp kena cari tenaga kerja volounter dulu baru bolih kita setkan. Lepas tu harapx yang lain to support kemudian. Disebelah malam baru family dijemput bramaix .
        Ini cadagan saje.

  37. Tuan,
    contact no. saya 013 3979229.
    account no. untuk Hari Raya Open house- kalau dah ada.

    Tentang:
    Kompang & PA system- berapa bayaran nya/ contact no. untuk dihubungi.
    Tarikh khenduri : 25/12/2010.
    Pengantin: Lelaki
    My house no: 71

  38. Ada kawan saya yang sedang mencari rumah sewa di kota warisan, kalau ada mintak talifon saya di 0122121581, Urgent.

    • Encik Norazhari,
      sebelah rumah saya tu keduax nya kosong. Satu ada iklan nak dijual dan satu lagi tu x ade iklan pun. Tapi kalu tanya yang nak dijual tu , orang Melayu kita mungkin dia bolih sewakan kot. Dengar katanya dulu nak pindah tp ofiicenya x jadi pindah kePutra Jaya sbb tu nak jual kot.
      No talipon ada kat banner tu/ iklan .

  39. salam,
    saya tertarik dgn rumah setingkat warisan bestari yg akan dibina di kaw berdekatan warisan indah..minta pendapat berkenaan pemaju ni sbb kene bayar 5ribu dlu sbg deposit..masak saya nant klu tetibe sy nk tarik diri..time kasih..

    • w’salam… kalau puan selalu ikuti blog ni, puan akan tahu perangai dan sikap pemaju gema padu… kalau puan dah bayar deposit nak buat camna… tapi bersiap sedia untuk berperang (jangan bagi muka) dengan pemaju….

      Khulasahnya Gema Padu pemaju paling bongkak dan bangang dalam dunia….

        • sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..memang betul kata ustaz tu..jadikan pengalaman orang lain sebagai pedoman…terutama bila berurusan dengan pemaju yang tak paham bahasa ni…

    • saya puna da booking rumah kat waruisan bestari 5 ribu.tapi diorang kata akan dipulangkan balik bila loan lulus..ntah lah betul ke idak.

  40. Salam Diana

    As my advise please visit first site project tu. Takut nanti beli dekat dgn bekas tapak sampah lama. Jgn percaya sangat dgn gema padu nie.

  41. Salam semua

    Saya berminat nak membeli rumah di warisan indah (phase terakhir utk superlink terrace). Setelah google2 information (termasuk dari blog ni), ada a few issues yg saya nak tanya pendapat current residents of warisan indah.

    1) Saya dah masuk satu unit 2.5 storey superlink (still under construction, row paling hujung, sebelah ladang kelapa sawit and selepas jln 8/14). so far nampak rumah agak luas, toilet pun guna brand johnson suisse, ada panel alarm aventis, finishing pun nampak berkualiti. cuma perasan dlm rumah tu mcm ada bau kencing tikus (?), tapi tak confirm la. so nak tanya, masih ada ke kes ‘cakar2′ kat rumah2 di warisan indah?

    2) Isu banjir kilat. Air banjir tu masuk dlm rumah tak? mcm mana banjir boleh berlaku ie masalah sistem perparitan or etc? Kalo jln 8/14 tu, banjir cover the whole jalan ke?

    3) Kuil dekat area jln 8/14. Temporary or permanent?

    4) Masih ada ke masalah bau busuk since tempat pelupusan sampah tu dah ditutup in jan 2010?

    5) Kalo tgk kat wikimapia.org, new RMAF base agak dekat ngan warisan indah. saya tak sure whether it’s an airport base or not, anyone have any ideas? will it have any impact on WI residents?

    6) Kawasan surrounding warisan indah, apa future plans nye ye? kalo area sebelah highway tu mungkin shoplots/commercial lots kan, kalo area nearest to row hujung2 & area dekat entrance masuk ke WI?

    7) betul ke hypermarket ie tesco & mcD akan dibuka dekat shell selepas kota warisan tu?

    8) still ada kes pecah rumah ke?

    9) ada future plans tak (from residents) to hire security company to make warisan indah gated and guarded?

    10) just out of curiousity, are the residents mostly malay, or got chinese/indians?

    11) kampung org asli sebelah warisan indah. ada apa2 issue ke ngan penduduk situ?

    thanks in advance for your advice :) really appreciate it!

    • cat… banyaknya soklan… sy jwp ringkas

      1. tikus tu ttp ada… tapi kdg2 ja dia berlari2 atas siling bilik tido… nak atasi isu tikus ni elok tutup lubang dalm stor bwh tangga… kalau tak penuh taik tikus dlm stor tu..

      2. so far jrg dh banjir kilat tu tp bole berlaku klu hjn lebat tul…

      3. isu kuil JBWI tgh bincang dgn GP… ikut dieorang temporary…

      4. so far bau sampah dah takde.. cuma bau kilang kelapa sawit dok bau lagi

      5. RAF tu pn sy kurg confirm…

      6 & 7. dah byk versi dgr dr pelbagai pihak… ntah la apa yg depa nk develop

      8. so far dah lama tak berlaku pecah rumah kat WI.

      9. security company dah diwar2kan tp x dpt smbutan drpd pnduduk

      10. pnduduk di WI 95-97 % melayu

      11. so far no problm dgn org asli di sini

  42. Nasihat saya ialah pergi ke site dan tengok sekeliling kawasan kalau boleh dalam radius 2-3 kilometer keliling site, apa ada dipersekitaran. Ini terjadi semasa saya membeli rumah saya ini, bila dah masuk baru tahu ada pusat perlupusan sampah 1 km aja dari rumah, nasib baiklah ialah telah ditutup, kalau tak memang tak senang hidup. kalau boleh tanya kepada pemaju, dapatkan penjelasan apa yg telah adan akan berlaku dan naik disekeliling kawasan. Banyak bangunan yang tidak mendapat kelulusan MPS dibiarkan begitu sahaja dan ini menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk kerana kami tidak di beritahu dengan terperinci……

  43. salam,
    suami sy trtrik dgn mh 2.5 tgkt d kota warisan dan insya’allah rmh kami tu nanti djangka siap 2011. sy br je peringkat byr dep rm5k last 2weeks. sy pun suka juga rmh tu cuma sy lebih suka rmh yg ade land area,i.e corner lot but unfortunately all gone.

    Baru2 ni sy ade tgk rmh lain dan berminat pulak. masalahnye, boleh ke sy nk mintak balik deposit 5k tu, kalu bole camne caranye, kalu ade tips2 yg sudara sekalian boleh share, sgt di alukan.

    thanks.

  44. saya ada bertanya dgn abang ipar saya yg bekerja kat MAB berkenaan ngan RMAF.Dia ada kata susah kerajaan nak pindahkan kat situ spt kat pak munaweh…Takut nanti berlaku perlanggaran diruang udara antara RMAF dan airport.Tp tak tau la kalau goverment still nak letak kat situ.Nantikan terminal LCCT pun pindah berdekatan ngan airport sediada (under construction).

  45. Saya ada berborak ngan satu jiran saya last weekend.Ada satu rumah pemiliknya foreigner(Sri Lanka). Saya diberitahu GP bhw tanah di KW freehold rizab melayu. Jika ya, bagaimana boleh dibeli org asing.Saya bkn nak marah, cuma confius ttg perkara nie.Saya tak kisah la kalau melayu, cina @ india yg duduk, cuma confius mcm maner org nie boleh beli rumah tbst..

  46. Salam…

    saya nak bertanya soalan…..
    1. tentang kawalan keselamatan di WI….bagaimana ia nk dilakukan krn kaw. WI ni terbuka dan boleh dimasuki melalui pelbagai laluan..mungkinkah mslh itu yg menyebabkan kurangnya minat komuniti WI untuk menggunakan khidmat kawalan keselamatan itu……

    2. Sistem alarm di rumah yg dipasang oleh GP ni…..sejauhmana boleh dipercayai….apakah cukup sekadar sistem alarm shj…

    • 1. kawalan keselamatan tu rasanya kena tunggu bg ramai org pindah masuk

      2. setakat ni saya guna alarm mmg berkesan terutamanya kalau pulang kampung, boleh monitor rumah through phone.

      3. cuma kalau sapa2 tau dekat mana point utk cctv di bahagian hadapan rumah untuk warisan indah 8/2. kat belakang jumpa wayar cctv, cuma kat dpn tak jumpa

  47. salam,

    nk tanya warga WI, saya tgh mencari baby sitter nk jaga anak saya umur 4++ months…minta jasa baik kalo tau ada sapa2 yg nk jaga baby ye…harap sgt2…

  48. salam,
    Saya ingin minta jasa warga WI yg br pasang talian telefon TM agar dpt memberi no telefon utk rujukan saya.Saya daftar kat kl, tak sempat nak pi TM cyberjaya. Pegawai TM nak no tu supaya senang nak rujuk.TQ

          • logik tak logik tu lain citer…kalau encik tak blh tlg tak mengapa…maybe saya salah explain…
            NO KOMEN….TQ

          • saya faham maksud ady.. pegawai tu minta 4 angka terawal no. telefon kan…?? saya pun kena macam tu jugak.. sebab pegawai TM tu perlukan coding area.. bukan nak minta full no. telephone, right? Mintak tolong jasa baik jiran-jiran, penduduk kota warisan yg dah pasang line telephone rumah. saya juga perlukan code area tu..
            :-(

  49. Salam,

    Saya terjumpa blog ni selepas saya telahpun membayar deposit rm5k pada 16/01/2011 kat GP untuk rumah Warisan Bestari sbb sebelum ni tak tau pun ada blog JKBWI. So rasa macam nak cancell aje booking tu. Boleh bantu beri idea mcam mana saya boleh dapat semula deposit tu semula tak. Pls.

    • Elok rasanya pergi lihat tapak projek lebih dahulu…kalau tuan/puan berminat melihat talian elektrik voltan tinggi diatas kediaman tuan/puan..silakan…

  50. Salam En Nor Sham,

    Boleh cuba untuk cancel dgn GP. Kalau nasib en Nor Sham baik boleh dpt cepat. Kalau ikut lazim GP ni, maka berpurnama lah jawabnya kena tunggu.

    • saya pun booking 20/1 ari2.GP ni bermslh ke?area ni teruk sgt ke.boleh sape2 gtau x.kalu x sy pun nk cancel

  51. Nak cancel…. emmm… mmg susah sikitlah… selalunya akan burn deposit tu kalau cancel…. tapi kalau nak gak kena fight habis2an laaa….

    bukan masalah pa pun…. rumah tu insya Allah tak terbengkalai… cuma sikap pemaju tu je yang memeningkan pembeli…. depa tu ingat untung je… kebajikan penduduk out….

  52. AsSalam Semua Warga WI.Dah dapat surat bayaran dari MPS for cukai Pintu?? Mcm mana tak ada respon pun dari MPS tentang bantahan yang dibuat. Suruh bayar ada lah. Any comment regarding this matter??

    • betul la, memang takde ape2 tindakan atau maklumbalas drpd MPS. masih kena bayar cukai yg mahal. takde tindakan susulan dari jwtankuasa ke? :)

      • Kita dah buat bantahan secara bertulis atas nama individu dan juga Rukun Tetangga kepada MPSepang. KRTWI juga akan buat satu majlis sesi dialog dengan MPS dan GP pada 5 Mac depan ni. So nanti semua bole datang.

  53. tn moderator, dialog tu kat ne & pkul brp?? perasan jg mmg cukai pintu tinggi sgt berbanding sblumnya…sy pun terkejut bla tgk bil sampe…hp2 ada good news jg le from that dialogue tu kan…tq tuan…

    • Tempat biasa… kita akan buat sekali dengan hari keluarga dan sukaneka WI insya Allah… nanti kita buat banner dan flyers

  54. 5 Mac? Bermakna kita kena bayar dulu le taksiran yang di cadangkan. Sbb dateline cukai pintu adalah hujung bulan Februari.

    • Kalau ikutkan pengalaman saya, kalau dah anta surat bantahn, dia akan hold kan payment tu sampai keputusan dibuat.

      Ini berikutan pengalaman rumah saya di Kajang (tahun 2009) dimana saya telah menerima surat amaran tertampal di grill rumah saya dari majlis perbandaran.
      Lepas tu saya bawa surat bantahan dan rayuan untuk pengurangan/installment untuk cukai. Lepastu….. senyap sampai sekarang.

  55. assalamualaikum…
    sy nk tnya sape ada ngajor kelas iqra’?nk hantor ank umor 6 thn…terima kasih!

  56. pendapat saya tentang warisan bestari, berbaloi dgn harga yg dibayar. 180k utk laluan kapal terbang, kabel letrik, loji kumbahan, lombong, kilang sawit dan sungai. kalu buang semua tu, harganya mungkin akan cecah 250k, hehehe…

  57. salam semua,
    saya ada ternampak beberapa pekerja membina beberapa buah unit kedai (rasanya) berhampiran simpang 4 traffic light menuju ke tmn warisan indah. Saya ingin tahu adakah projek kecil itu mendpt kelulusan. Tiada papan tanda menyatakan ttg projek tsbt…Terima kasih

  58. salam,
    saya ada ternampak ada satu website “kotawarisan.net”..Saya ingin tahu samada laman web ini mmg khas utk warga kota warisan atau tidak.Bila saya cuba klik mana2 bahagian asyik keluar internal server error.Ada sesiapa tahu kewujudan website ini.

  59. kalu kedai ok gak tkyah cross t/light tp yg pnting ada kelulusan la & tk mengganggu traffic huhu…rumah mmg bukan rasanya coz nmpak 3 pintu,kecik je…

  60. en.moderator tkde flyers ke utk hari keluarga?tkde kutipan ek?sape sponser?bwk makanan tu tkde hal la…insyaallah.

  61. Bagi makluman, ada satu kes cubaan pecah masuk rumah di No 2, WI 8/4 mlm semalam.

    Terima kasih pada sistem PTT dan juga ahli2nya yang respons kepada aktiviti tersebut.

    Untuk makluman setakat ni cuma kami bertiga sahaja yang dari kawasan WI mempunyai sistem PTT ini. Sebagai contohnya jika smlm, tuan rumah mempunyai sistem ini, ada kemungkinan besar suspek berjaya ditahan.

    Terima kasih juga kepada ahli PTT dari kawasan Warisan Permai yang berkejar ke tempat kejadian. Suspek walaubagaimana pun berjaya melarikan diri sebelum kami sempat tiba. Dan mereka tidak berjaya masuk kerana kebetulan tuan rumah ke dapur dan ternampak kelibat suspek.

    Jadi saya sekali lagi menyeru AJK RT WI untuk menimbangkan hal PTT ni kerana ia jelas berkesan.

  62. Tahniah dan syabas atas komitman ahli ptt warisan Indah (Kpt.Murtadza,HjDahrin dan Lt.kol. Rosli) kerana telah memberi kerja sama yg bagitu baik dan berjaya mengagalkan kejadiaan pecah rumah pada mlm itu

  63. Ada sesiapa tahu, ape benda yang die orang dok pasang (mcm box hijau) kat lorong belakang antara rumah di Jalan Warisan Indah 8/2 dan 8/4. Tak berkesempatan nak tinjau lebih dekat

    • Oooo….tq en.abu for the info. Biler agaknya officially leh aply… Sakit jiwa dah dok guna berukband nie.

  64. salam
    ari sabtu baru2 nie saya ada berjumpa scr kebetulan dgn seorg technician TM dihdpn pejabat GP. Sya bertanyakan ttg permohonan talian tetap dirumah saya di WI 8/16. Dan saya juga bertanyakan ttg kewujudan unifi di kwsn KW. Beliau mengatakan sekiranya tiada aral melintang KEMUNGKINAN maybe kemudahan ini akan diperolehi pd hujung thn nie (paling awal NOV katanya).Beliau menambah sekrang nie tgh buat setting dikwsn kita.Lepas tu, saya timbulkan isu berbangkit iaitu sedangkan permohonan saya utk dptkan talian tetap blm dpt jwpn dr TM inikan pula unifi. Saya sdh menunggu lbh 3 bln.Pastu dia ckp dia akan tlg check permohonan saya. Saya ckp lg dah beberapa kali saya pg TM point cyberjaya tp jwpn masih blm dibuat.Kita doakan jer agar unifi betul2 ada dikwsn WI.Amin…

  65. Salam En Ady,
    Saya dah minta bantuan rakan semak sekali lagi dan number rujukan tersebut mmg ada. Remarks dalam sistem: “tiada infra di jalan tersebut”.
    Saya tinggal di WI8/2, dan saya dah kasi number tel rumah saya sebagai rujukan kawasan. Nanti saya update En Ady semula.
    Kalau boleh send 1 email en Ady kepada email saya faieeez@yahoo.com and saya akan respond melalui email.
    TQ

  66. tahun lepas saya pun alami masalah ngan TM..dah 3 bulan apply langsung tak de update….pegi 3 kali ke TMpoint cyber tapi dia orang kata staff akan call dengan update..at last kali ke 4 pegi lagi ke tmpoint cyber tapi selamba je dia orang jawab “tiada laluan kabel”, tapi yang bestnya..jiran i dapat talian telefon bulan june 2010..at last i hantar satu email panas kat CEO TM and dalam masa 2 hari i dah dapat talian…hakikatnya..kena escalate baru nak buat kerja kalau tak sampai bila pun tak dapat talian.

  67. Salam En Adi,
    Sedikit update berkenaan order number En Adi.
    Actually cable infra dah ada di jalan rumah En Adi but tidak di terminate kan lagi ke DP box dalam rumah En Adi. Meaning that tiada connection dari cabinet luar ke dalam rumah En Adi. Ini disebabkan oleh pihak Gemapadu telah handover kunci rumah kepada En Adi sebelum pihak TM membuat termination daripada cabinet kepada DP box dalam rumah En Adi dan seterusnya T&C (testing and commisioning). Sepatutnya sebelum kunci diserahkan kepada En Adi, pihak Gemapadu perlu memaklumkan dan join test dengan pihak TM untuk membuat connection drpd cabinet ke DP dalam rumah En Adi dan seterusnya T&C on cable quality.

    Walaubagaimanapun, menurut pihak network, mereka akan menghubungi pihak pemaju (Gemapadu) untuk mendapatkan maklumat DP premis (rumah En Adi) dan akan melakukan penyambungan cable daripada cabinet ke DP (dalam rumah En Adi). Pihak berkaitan akan menghubungai En Adi dalam jangkamasa terdekat.
    TQ

  68. salam en faiz,
    tima kasih diatas bantuan diberikan. Saya sedia menunggu panggilan TM bila2 masa. Saya pun tak harap sgt line internet masuk. Dapat masuk line tepon pun tak apa. Sy tk sabar lak tunggu unifi hujung thn ini

    • Salam en faiz,

      Tima kasih diucapkan kpd saudara krn masalah DP box didlm rumah saya tlh selesai. Kontraktor tbst tlh dtg kerumah saya pd jumaat yg lepas utk sambungkan line ke dalam DP box tu. Cuma saya menanti panggilan dr TM utk langkah seterusnya. Saya ingin meminta saudara buat laporan kpd kontraktor tsbt utk periksa DP box setiap rumah di jalan WI 8/16.Kebanyakan rumah jiran2 sy tak tau pun masalah ni. Saya ada bertanya beberapa jiran tetangga saya berkenaan DP box dirumah mereka. Mereka pun ckp tak tau la pulak ianya sudah disambungkan atau tidak.

      • Salam En Ady,
        Sorry lambat reply sebab saya masuk kem BTN seminggu. hehe.
        Noted on the info. Actually penyambungan daripada cabinet TM di tepi jalan kepada DP box dalam rumah adalah dibawah tanggungjawab Gemapadu. Sebelum penyerahan kunci, Gemapadu perlu memanggil pihak TM untuk menyambungkan cable tersebut dan seterusnya membuat T&C. Tetapi sebagaimana semua sedia maklum, Gemapadu ni nak cepat je serah kunci kepada pembeli. hehe.
        Untuk proses seterusnya saya akan follow up hari ni.
        Tq En Ady.

  69. Assalamualaikum.

    Tuan/Puan

    Mohon untuk saya mengetahui bagaimanakah cara untuk membuat permohonan berkhidmat sebagai pendidik dalam perkhidmatan KAFA. Saya mempunyai kelulusan Diploma dalam Bidang Bahasa Arab. Mohon untuk menerima maklumbalas daripada pihak tuan/puan.

    Sekian, terima kasih.

    • Untuk bertugas sebagai guur kafa bole pergi direct ke sekolah2 kafa terbabit dan berjumpa dgn ketua guru untuk tanya kekosongan…. ataupun bole pergi ke JAIS bahagian pendidikan Islam…. kalau peringkat daerah bole pergi ke Pejabat agama Islam Daerah….

      bezanya kalau sekolah bayar gaji tu dipanggil guru rakyat… maksudnya gaji dibayar dari yuran bulanan murid2… kalau dilantik oleh JAIS gaj akan dibayar oleh JAIS dan dieorang bole hantar ke mana saja sekolah kafa dibawah jajahan JAIS.

  70. Tumpang tanya saya bakal penduduk kota warisan indah..saya beli umh disana..saya ada dapat surat dr gema padu untuk pnyerahan kunci dlm tempoh 14 hari. Sebelom ni saya terlewat buat insurans rumah lebih kurang 2 bulan 10 hari dari tarikh yang ditetapkan..so total late payment interest outstanding saya mencecah 5k…ader siapa x penduduk di sana yg pernah mengalami kes mcm sy..memg silap sy sbb terlewat buat insurans,,harap ader yang membantu bg cdngan atau sbrg pndapat mengenai kes sy ni…terima kasih

    • Pn Tiza… bole buat surat rayuan kat pemaju…. kadang2 pembeli tak perasan sangat yang kesilapan tu daripada pihak pemaju…. yang pemaju dok tekan ialah kelewatan pembeli buat urusan… antara kelewatan pemaju ialah tarikh surat peguam yang dipos kepada pembeli…. tarikh surat dah lama tapi baru sampai kepada pembeli…. ini antara benda yang boleh kita fight dengan pemaju la…. kena berkeras sikit dengan pemaju ni…. mungkin ada penduduk lain bole share maklumat lagi

    • Puan Fiza (er, sama plak nama)

      saya pun baru lulus loan warisan bestari. baca, lihat dan fikir2, tak tahulah nak rasa menyesal ataupun tak dengan pembelian rumah kat warisan bestari ni. saya pun mcm nak kena interest je ni. sebab lawyer ada buat silap dlm agreement, pegi balik,pegi balik ke pinjaman perumahan, lawyer… huh…
      selain dari minta rayuan dari pemaju, ada cara lain ke? ada x sapa2 nak share?
      tq

    • salam,
      sy kurang phm prob pn fiza. maaf sbb sy pon ade beli rmh kat kota warisan jangka siap nxt yr. 1st time beli mmg byk benda x tahu. kes ni utk loan gomen ker loan ngan bank? insurans tu utk rumah ke ker utk loan kita. patut kena wat masa bile? thanks.

  71. benda mcm nie mmg susah sikit….saya pun penah alami masalah spt nie dulu…bila pk masalah nie, mmg peningkan kepala sbb nobody yg akan tlg kiter…kalau nak tunggu jawapan sapa yg patut byr mmg mkn masa la…Saya malas nak tunggu lama2….So, bila sampai bonus raya dpt terus sy byr interest tsbt….Saya lak dah excited nak masuk rumah baru….Cuma saya nak bg panduan sedikit….cuba kira bilangan hari terlewat bayar tu…Dlm kes saya, GP caj lebih hari dr sepatutnya….Sbg cth, saya lewat selama 2 bln 10 hari, tp GP kira 2 bln 14 hari…So kena alert sikit perkara nie…Nak dipendekkan citer, saya kena byr RM 1700++ berbanding jumlah GP caj berjumlah RM 2,300+++….so be careful

  72. En ady tq atas info tu…..pasal kes fiza yang hari tu, saya dah buat rayuan dapat kurang ckit jer ( 10 % ) dari pemaju….bayar jerlah.pening pala nak pikir kes ni….memg kalu di kira bayaran mengikut tempoh yg lewat tu, jumlh adalah sama….saya tak guna loan gomen , asben saya guna loan bank….insurans utk rumah….

  73. Salam…nk tanya ada tak no telefon gas memasak yang hantar ke rumah. Baru pindah je dan sekarang tgh cari no tel gas kot2 dah habis hehe.

  74. Salam semua warga Warisan Indah..

    saya ada dua pertanyaan yang ingin saya kemukakan..

    a) Tadika/Taska
    Mohon sekiranya tuan/puan dpt membantu mengenai perkara ini. Isunya ialah saya mencari Tadika/taska yg islamik dgn tujuan nk pupukkan from A-Z pada anak saya tetapi berdasarkan pengalaman dua org anak saya sebelum ni tadika2 di Kota Warisan agak kurang menerapkan konsep islamik sebagaimana tadika2 seperti cthnya Little Caliph etc yg banyak di kawasan seperti Shah Alam, Subang, BB Bangi etc..
    Saya juga menghadapi masalah memandangkan anak ke-3 saya ni mmg tak nak ke tadika di sekitar KW ini walaupun puas di pujuk, diletakkan sebulan etc..sekarang saya nk cuba Islamik Tadika pulak memandangkan dia menampakkan kecenderongan minat ke arah tadika berkonsepkan sedemikian ..soalannya ada tak sebarang cadangan di mana saya nk cari tadika berkonsepkan sedemikian?

    b) Pasang porch kereta (polycarbonate, cengal, etc)
    Sekiranya tuan2 ada pengalaman berkaitan perkara ini, mohon sekiranya dpt berkongsi dgn saya terutama dr segi kos, kontraktor, design dan kualiti..saya bercadang nak tambah di bahagian hadapan rumah utk porch kereta (saya tak tau la apa nama standard benda ni)

    Terima kasih atas komen dan cadangan tuan2 nanti

    Abd Rahman
    WI 8/2

    • Salam En. Abd. Rahman,

      I’m replying to your question no 1. I pun tgh carik taska utk anak saya. Umur dia 5 tahun this year. As i’m googling pasal2 taska ni i found Children Islamic Center (CIC). According to information from the website, they are opening new branch in Kota Warisan (www.cic.net.my). This is the address:

      No. 39, Jalan Warisan Mulia 4/2, Kota Warisan, Sepang.

      Saya tak pasti dah bukak or belum sbb skang saya masih di luar negara, suami sambung belajar kat sini dan kami di jangka balik hujung tahun ni. So skang saya tgh survey2 CIC or Smart Reader Kids. Hopefully by the time kami balik nnt masih ade tempat kosong. :). If u happen to visit CIC Kota Warisan, harap dpt share pendapat ttg CIC ni. Thanks :)

      Melor
      WI 8/14

  75. 1. Kalau Tadika Islamik di KW ada PASTI dekat Warisan Megah. Boleh Contact no ni 012-4371824. Kalau anak takmau di KW, PASTI di Dengkil atau BBST pun ada. Taski ABIM pun ada di BBST.

    2. Untuk porch tu saya cadang en. Man round je kat taman kita ni… tengok mana2 porch yang cantik terus tanya tuan rumah… boleh tengok kualiti sekali…

  76. Assalamuaikum, salam sejahtera dan salam perkenalan,

    Saya ingin bertanya sama ada sesiapa ada contact pembantu rumah tempatan/asing harian untuk hujung minggu sahaja. Kerja-kerja tidak termasuk menjaga anak. Saya berharap sangat sesiapa yang ada maklumat boleh maklumkan secepat mungkin. Terima kasih :)

    Nazlia
    WI 8/16

  77. Salam, saya ada berminat untuk beli rumah di Warisan Bestari. Mohon pendapat tuan/puan berkenaan kawasan berkenaan kerana saya banyak terbaca mengenai masalah tekanan air yang perlahan, bau sampah dan yang terkini masalah developer dengan majlis perbendaharaan sepang. Tm kasih

  78. Salam,
    Saya mencari rumah SEWA teres 1 tingkat di Kota Warisan/Dengkil/Putra Perdana dll:
    Minimum 3 bilik, 2Bilik air, 1000+ sq feet
    budget : RM 650.00 sebulan
    Untuk kegunaan famili, kemasukan Jan 2012..
    Mesti berdekatan dengan Cyber (dalam lingkungan 15km)
    bleh hubungi saya di 019-2198993 atau dukeaxr@yahoo.com
    Terima kasih

  79. Masalah Jiran…

    Nak tanya jugak kepada semua penduduk WI mengenai masalah ini..
    Saya mempunyai jiran..tetapi saya tak pastilah status jiran saya ni, asalnya bujang shj..lately ni saya tengok mcm kejap ramai kejap takde org kt rumah dia..bila ramai2 tu ada pulak perempuan …kemudian yg perempuan ni mcm mengandung..tetapi sense saya rasa mcm tak kawin lagi..tapi couple yg mengandung ni kejap ada kejap takde…kalau time ada kt rumah..ada pulak bunyi2 org bergaduh dan kene pukul (perempuan)..sampai terdengar statement2 ‘bahaya’yg selalu kita tgk dlm movie..saya bukan nak busy body tapi sebelum jadik apa2 atau saya pun dikatakan bersubahat sama..nak jugak tau kot2 ada sesapa yg boleh beri pandangan mengenai benda ni…bukan kami sekeluarga pasang telinga tapi kalau dah gaduh jerit2…paham2 je la..lepas tu mcm bunyi kene pukul…saya tak berani menuduh tapi caranya mcm belum kawin…kalau dah kawin pun..tak de rumah sendiri ke..ahhh tak paham la saya.

  80. Assalamualaikum,

    Saye nak tanye kalau2 ade sesiape yang tau pengasuh/nursery yang jage baby (Umo < 2 bulan) mengikut jam. Saye tidak bekerja tetap tetapi kadang2 tu ade hal yang saye perlu uruskan di luar dalam 2-4 jam. Kalau ade, harap dapat passkan no. telefon ya. Terime kasih.

  81. Salam,
    Saya ingin mencari servis canopy & kumpulan marhaban untuk majlis cukur jambul anak saya. Mohon jasa baik sesiapa yang ada no contact. Tq.

  82. As salaam..

    saya baru jer pindah ke WI dan nak cari contact no transportation htr anak2 ke KAFA-I serta SK Kota Warisan. berapa rate tambang klu 4 trip.

    satu lagi kalau ada sesiapa (klu boleh ustazah) yg boleh mengajar anak-anak mengaji AlQuran dgn dtg ke rumah saya selepas solat Maghrib .

    terima kasih

  83. nak tanya.. macam mana ya if saya bercadang nak minta surau bacakan yassin n buat kenduri kesyukuran di surau? kena hubungi siapa? makanan akan saya tempah katering.

  84. Salam, saya Nora ingin mencari rumah sewa teres setingkat kawasan salak tinggi/kota warisan….sesiapa yang tahu please contact saya at 019-6734704…saya dah round area ni…banyak rumah nampak kosong tapi takde banner tulis sewa/jual…so tanya jiran2 pun tak tahu sama ada owner nak sewakan atau tak

    • En. izamm.. boleh cuba call tanya 0172675948 (mahmud) atau 019-2819499 (ridwan)… ni driver yg selalu angkut pelajar ke sekolah

  85. Salam, saya sedang mencari pengasuh/baby sitter untuk anak saya yang bakal lahir pada bulan May ini. Sekiranya ada suri rumah yang berminat atau ada menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi di kawasan kota warisan nie sila hubungi saya, Mazlin 012-2848374.

  86. SALAM PERKENALAN,
    SAYA MOHD KHAIRUL, RUMAH NO.86, JLN 8/2.

    SAYA SEDANG MENCARI PENGASUH UNTUK ANAK SAYA YG BERUSIA 10 BULAN DAN 3 TAHUN. SEKIRANYA ADA SURI RUMAH YANG BERMINAT BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN 011-11557872 – WANA @ 016-3162498 – KHAIRUL

  87. Salam, saya sedang mencari pengasuh/baby sitter untuk anak saya yang bakal lahir pada bulan April ini. Sekiranya ada suri rumah yang berminat atau ada menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi di kawasan kota warisan nie sila hubungi saya,
    dyllazz@yahoo.com | 012-2768710

  88. salam sejahtera,

    sy ingin bertanya kepada moderator dgn penduduk di sini, setelah hampir 3thn duduk di Warisan Indah, adakah masih bermasalah dengan pihak pemaju Gema Padu?

  89. Salam sejahtera, saya ingin tanya sama ada pihak Polis ada membuat rondaan pada

    waktu siang atau malam di kawasan Warisan Indah ini. Saya dah lama duduk sini tapi tak pernah nampak atau terserempak. Jika tiada mohon moderator minta diadakan rondaan sekali sekala untuk tunjuk omnipresence kepada masyarakat setempat.

  90. saya bakal penduduk kota warisan jln 8/16…akan berpindah bulan 5 ni…saya hendak cari pengasuh anak sy ber umur 3 bulan…kalu ader sesiapa tahu b;eh cntact sy fiza 0133431052……sangat2 memerlukan….

  91. Salam Moderator :)

    Boleh saya tau berapa lingkungan harga untuk sewa rumah teres dua tingkat di kawasan baru Kota Warisan tu? Saya dapat respon yang positif dari kawan-kawan saya bahawa Kota Warisan merupakan kawasan yang akan selesa dan selamat.

    Terima kasih.

  92. As Salam..saya buyer kota warisan jln 8/12, umah dah siap tapi x dapat CF..5 bulan dah delay…tiap kali call GP katanye next month2… ada tak sesape tahu status sebenar-benarnya…tolong share.. la ni letih nak kena bayor 2 umah…:( mekacih..

  93. salam..saya bercadang utk beli rumah di warisan bestari yg tgh on utk booking skarang.. (22×70)..saya nak tanya pendapat anda semua tentang kabel elektrik dan pusat serenti yg terletak berdekatan dgn tapak rumah..adakah ia selamat?

  94. hai norafidah nordin, rasanya nasib kita hampir sama…saya punya rumah 8/14, entah bila dpt kunci…mcmana nk contact u yer?

  95. salam norafidah nordin & sara,nampaknya masalah kita hampir sama,setiap kali call GP akan maklum masih menunggu kelulusan CF & akan handover secepat mungkin.alasan yg sama semenjak 5 bulan yg lepas.bagaimana saya boleh berhubung dgn puan berdua atau ada lagi yg lain?

  96. saya kol GP since start pemotongan di buat, so last call i buat on 11 Mei 2012…dia mention 9 mei ada meeting ngan syabas, untuk pemasangan meter….11 mei i call lagi apa status selepas meeting tu, dia jawab syabas tengah apply surat ke HQ untuk pemasangan meter dan mention mayb dlm this week dia akan pasang.

    Siap mention lagi, pemasangan dlm 1 hari boleh siap, then after that br boleh serah kunci…CF tak dapat lagi…camne serah kunci…pa citer???

    sakit hati…da 5 bulan delay..

    • hai eta, u 8/14 jugak ke? baru semlm col syabas mcm tu la jgk jawapan dia..dh sampai HQ..col GP lg x leh pakai…adoi

  97. hi..sy 8/12….sakit hati tepon dia org ni…..bila tanya status semua ckp syabas syabas….sepatutnya da lagi brapa% tu followupla ngan syabas status pemasangan meter….kalau lambat byr cepat jek nk mintak penalty

    • u all 8/12 lg lama delay..dh 5 bln tuu..parah sungguh la GP ni..yg best tu pakat passing2 col…semua tatau nk jawab…apa ke teruk depa ni

  98. Salam,

    Saya pun senasib dgn Sara, Eta ,Norafidah Nordin dll. Saya ada bercakap dgn Radha, GP (katanya the rihgt person to answer about the delay). 1st time call Rada, dia janji by 14 Mei boleh serah kunci. 14 Mei, sy call, dia janji 30 Mei pula. Tension dah ni. btw, saya bakal penghuni 8/12.

  99. Cerita pasal Syabas………just nk kongsi…tempohari saya ada masuk meeting chair by Dato SUK-Selangor dan dihadiri oleh semua heavyweight dr Public dan private sector….dimaklumkan mmg banyak kelewatan dlm dapat kelulusan oleh pemaju2 ni disebabkan Syabas hold utk kasi meter air….tujuan Syabas hold adalah disebabkan data mereka menunjukkan Syabas akan short supply air kalau Kerj. Selangor berterusan hold projek yg nk diendos oleh Kerjaaan Persekutuan….jadik Syabas berpendapat ia kene buat begitu untuk elakkan Selangor short air pada tahun 2013 etc…tetapi hasil perbincangan dlm meeting tu mesyuarat bersetuju utk Syabas JGN hold utk beri meter air pd pemaju…..maksudnya short tak short supply air tu nanti..itu bukan masalah Syabas…kerja Syabas supply je meter (pasang)…so saya rasa dlm kes Gema Padu ni ada berkaitan jugak la dgn cerita yg saya cerita kt atas ni….so tu je la yg saya boleh ceritakan…yg lain2 tu kira sulit la nk cerita… meeting tu dua minggu lepas..

  100. saya nak beli rumah di kota warisan (subsale). saya perasan ada bilik kecil di belakang. orang kata sesuai untuk maid. berapa ukurannya? saya cadang nak pecahkan je, bagi besar dapur.

  101. baru kejap tadi saya ckp dgn org syabas, masih ada document yg GP htr ke HQ masih tk lengkap…GP kena complete kan dan submit lg ke HQ…harap2 tak lama laaa…

  102. Ptg semalam saya call GP,tanya status pemasangan meter,katanya by hari ni,boleh dpt tahu keputusan.tinggal pasang je katanya,cf pun dah submit pd majlis.terpk jugak saya,mcmana boleh apply CF kalo basic facility (meter air ) pun tak ready…GP oh GP

    • salam semua, baru kejap tadi, dpt surat berdaftar suruh ambik kunci rumah…adoiii mana satu ntah la GP ni..semlm kata tunggu CF, hari ni dh dpt surat collect kunci pulak…so kawan2 yg lain macamana? apa2 pon syukur sgt2…

      • Wsalam

        i pun da dapat surat suh ambil kunci,….kena byr around RM 800 juga la untuk dpt kunci…should i pay? belum minta pampasan dia da mintak duit..hahahha…anyway syukur juga dapat kunci…

  103. Salam semua,Saya pun dapat surat minta collect kunci.bayaran agak mahal,termasuk renovation deposit=rm500.kenapa perlu ada deposit?xde spell out pun dlm s& p,saya pilih untuk tak bayar.apa komen tuan-puan?yg dah experience dgn gema padu,boleh share view?

  104. Deposit RM 500 sekiranya kita tidah melantik kontraktor panel GP.U cakap jer tk buat renovate.So, tak perlu bayar

  105. dear all jiran2 8/12 dan 14 yg baru dpt surat notice of vacant posession dr GP. Saya Mazwan umah no 97 8/14, sedang kumpul semua jiran2 untuk buat claim late delivery dr Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. So kalau kita bersatu ramai2 barulah strong case kita. ingat kalau umah harga 280k lewat 6 bulan dah boleh dpt 14k, dpt kitchen cabinet beso satu tuh hehe. kita mesti tuntut dr GP jgn abaikan. biasanya kalau tribunal dah decide GP akan bayar.
    lg satu pasal deposit 500 untuk renovation tu mmg illegal. dia takde hak nak collect deposit dr kita. benda tu takde dlm snp. renovation deposit kita byr sendiri kpd MPS bukan kpd GP.
    saya nak dtg ofis GP sabtu ni dgn sobri di 8/12. nak jgk kenal jiran2 lain.

  106. untuk makluman RM500 tu xperlu bayar.Seperti yg en Ady cakap, bgtau je pemaju xde buat renovation. Saya dh pergi sndr office dia last week, dia suh isi form untuk xnak bayar rm500 tu..sehelai je pun form die..hehehe..dia cakap tujuannya nanti takut lepas keje2 renovation kontraktor tinggalkan tong sampah tu mcm tu jer..nanti org die yg kena kutip..ermm..mcm2 alasan dia nk jana duit.pepun kos assessment billing dan maint.charge tu mmg kena bayar..dalam RM298 kalau xsilap…

    Selamat berjiran yer.. :)

  107. sy bakal menetap di lorong 8/14 dan baru lepas bayar duit utk amik kunci n mmg gp dh delay lebeh 2 tahun, so bckp mgenai pampasan tu..mcm mana cara utk claim tu? (if any laa…sy pun x brpa paham)

    • En Helas, alhamdulilah ramai jumpa jiran kat sini hehe. umah no berapa. lewat 2 tahun bnyk tuh boleh claim 10% dr harga rumah setahun, 2 tahun dah 20%. kalau umah harga 300k en helas boleh dpt 60k jgk. tuntut jgn tak tuntut.
      mula2 buat surat LAD dulu. boleh refer di sini http://www.hba.org.my/help/sample.htm lepas tu bg tempoh kat GP 1 minggu. kalau dia tak bayar kita tuntut dkt Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dkt Putrajaya.
      tak perlu pasang lawyer. kita boleh buat sendiri. sebab tu saya nak kumpulkan semua jiran2 yg nak tuntut. kita buat group claim baru strong case kita. sesapa lg kat sini yg lewat dpt notice of vacant posession dr GP boleh call saya 019-3482411. even lewat seminggu dua pun tuntut jugak. sebab GP bila bank kita lewat byr, terus tuntut. seposen pun berkira. so kita jgn bg dia muka. Bersatu kita Teguh Bercerai Kita Roboh!!
      to Tuan Moderator, TQ sebab wujudkan blog ni. Mcm mana dgn cadangan nak buat surau kat warisan indah dulu, jadi ke tak. takpe nanti saya pindah sana kita cuba fight isu ni sampai berjaya. insyalah..

      • En Mazwan, terima kasih untuk info yang diberi dan tahniah di atas usaha En Mazwan untuk mengumpul bakal penduduk yang ingin menuntut kelewatan pemaju. Jiran macam ni yang kita nak.. baru harmoni. Harap semua memberi sokongan dan kerjasama kepada usaha En Mazwan. saya pun bakal penduduk 8/14. Mari kita sama-sama tuntut hak kita.

        • tq en man, umah no berapa. saya no 97 8/14. kita yg terlibat fasa 9B ni sekali dgn 8/12. insyalah kalau kita bersatu, gp tak berani nak buli

  108. Salam semua…saya pun dah bayar….rm297 je…sy x bayar yg rm500 tu….jangka dapat cf bulan Julai nanti…saya dok kat 8/14…

  109. saya nak opesan kepada warga kota warisan baru, berkenaan alarm rumah…saya pnduduk baru 8/16 saya dpt kunci bulan 7 thun lepas sy pindah bulan 4 ri tu…saya nak apply alarm pada pemaju baru2 ni…tak pasal2 i kene i bayar untuk alaram rm350 sbb dh lebih 6 bulan dpt kunci …asben i pelikla sbb tu rumah kita yang beli bayar kat pemaju tp kn ikut perjanjian yg dia buat …rupa nyer ade dlm prjnjian yang kita sign tu..lebih 6 bulan kn charge rm350 untuk alarm…dah tak pasal2 kn byr…so orang baru kn apply alarm b4 6 bulan dari tarikh dpt kunci..

  110. Thanks sudi sharing semua ni pada kami
    saya 1st time beli rumah dan byk benda masih tak tahu…dan perlu belajar dan ambil tahu…
    saya bakal duduk di 8/12…mcm mana nk tahu kelewatan menerima notice of vacant posession dr GP? kat mana nk chck ya?

    Untuk makluman GP sekarang dah tutup opis on weekend…since awal Jun aritu baru mula…sbb last weekend i datang da tutup weekend..dia buka opis hour shj…so kalau nk amik kunci pun waktu office hour….fuhhh payah juga…

    • oo ye ke tak buka weekend. baru bcadang nak pegi sabtu ni huhu. tq 4 d info.
      semak balik dokumen s&p kita. tengok tarikh kat situ. rumah kita patut siap dlm 2 tahun dr s&p. maksudnya kita patut dpt notis of vacant posession dlm tempoh tu. contohnya s&p kita 1 Januari 2010, so patut dpt notis sblum 1 Januari 2012. kalau dpt notis skrg maknanya dah lambat 6 bulan. lambat tu yg kita boleh tuntut interest 10% dr harga rumah. calculation dia mcm kat link yg saya bg kat atas. tq

  111. Mazwan,

    kalau ikut date sign S % P, GP dah lewat 72 hari…Saya setuju degn cadangan you…kit a kumpul ramai2 lepas tu tuntut….kalau ikut pengalaman dulu…GP kalau bab2 nak refund ni byk masalah…ala ala mcm x nak bg je…sebab tu kita kena bersatu..

    • TQ en helmi call saya, jiran selang 3 buah rumah kita rupanya hehe. sblh umah En Naha n cg zarifah.
      saya baru dpt surat maklumkan kita dah dpt CF. alhamdulilah.
      Mcm saya ckp tadi, mintak jiran2 semua hantar dulu surat tuntut LAD tu sekarang. minta sms saya nama n no tel jiran2 semua. kita bg masa 2 minggu kpd GP. kalau takde reply nanti saya akan call semua. kita kumpul hantar ramai2 claim dkt tribunal. biasanya tribunal mmg suruh kumpulkan sekali, senang dia nak buat keputusan.

      • En Helmi baru hubungi saya. Rumah dah ada masalah keretakan. Mazwan ada maklumat pembeli di lorong lain yg mempunyai masalah keretakan diantara dua rumah.

  112. salam kwn2/jiran2 semua, sy pun dh dpt surat bknaan CF…umah sy no 81 8/14, mmg bagus kalu dpt gather sama2 utk buat tuntutan psl kelewatan pemaju…dn akn dtg berkenaan dgn action GP keatas defect umah yg dilaporkn (lmbt or cepat repair)…

  113. Salam semua, sy dh ambil kunci pd 14hb lps. Mengikut GP , dia org kn bye penalti kpd sy sebanyak $2900 utk 37 hari kelewatan. GP pujuk saya utk sign satu surat pelepasan dan GP jgk setuju utk waive denda yg sy kn. Win win situation lae tu. Dan sy stuju. Beekenaan alarm tu mmg kn buat appointment dgn org alaram tu sendiri, klu tak melayang lee 350.

      • Ya cik /pn eta. Klu ada kena caj total late payment buat sirat rayuan dulu sblum pi GP. Masa kt GP tu nanti akan diterangkan. Tp klu blh tgk ada tak GM kn byr pampasan lewat tu, 2 thn dr sain S&P. Klu adabaik pakat2 dgn en mazwan.. Sy ckit jer dpt. Rasa,y baik trus pergi ofis terus dr fax aje. Utk makluman saya pembeli rumah di jln 8/12. Salam perkenalan. Email sy mfaizs@tnb.com.my

        • Cc kan surat LAD kita tu kpd:
          Tuan Shamsul Bahri Haji Ibrahim
          Pengerusi
          Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
          Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
          Persiaran Perdana Presint 4
          62100 PUTRAJAYA

          siapa yg tak ambil kunci lg kita boleh tuntut maksimum 14 hari dr tarikh notis GP. rasanya majoriti date kat surat 31 Mei kan. so due date last 13 Jun. tuntut biar maksimum jgn kasi chance hehe. tq

  114. Salam perkenalan kepada kawan2/jiran2 semua,saya bakal penghuni jalan 8/12 .saya juga baru dapat CF & plan nak amik kunci dlm masa terdekat.setakat ni masih menunggu feedback dari bank utk relase final payment.Menurut GP,kunci boleh di ambil sebaik mereka terima payment dari bank.saya sgt bersetuju jika kita boleh gather ramai2 untuk buat tuntutan kelewatan pemaju.

    • a aa 13 Jun?? i tak hantar lagi sbb ingat nk hantar masa nk ambil kunci…tak boleh ambil kunci lagi sbb payment tak release lagi….mcm mana ni? valid lagi ke nk tuntut? aiyaaa

    • kalau date notis vacant dr GP 31 Mei dan kita tak pergi ambil kunci lg sehingga 13 Jun maka kita boleh claim sehingga maksimum 13 Jun. refer snp clause 23(2) dan 24(4). apa2 hal minta call saya terus 019-3482411. susah saya nak explain dgn tulisan or sms. tq

  115. Salam dan selamat sejahtera semua jiran-jiran 56 unit yg dah dpt surat untuk vacant possession..akhirnya…dpt jugak kunci ye…hehehe…apapun bersyukur…rumah kita tak terbengkalai…mcm sy lewat dah 167 hr…baru amik kunci semalam…

    Saya sudahpun hantar claim LAD pada GP masa amik kunci 2 hr lepas. Saya saja lah buat-buat tanya kat GP…ni claim ni bila bleh dpt?…dia ckp tak pastilah encik…sy ckp dlm hati…ooo tak pasti ye….dah nak selesai bayar semua…barulah dia nak ckp…sebenarnya…kami nak mintak discount…kalau en setuju kita boeh bwk bincang….kami akan terus bayar….sy pun teruslah ckp…kita bincang terus jelah sekarang….mcm nilah….dlm surat tu…sy nak claim 100%…sy bg tempoh 14 hari…kalau u tak settle…sy terus ke tribunal…ok? dia kata ok…

    Bukan apa…claim tu kalau 10 hengget mmg sy malas lah nak claim…tapi kalau dah smp 13K…tak dptlah jack….mcm mcm leh cover ooo…so kepada sesapa yg lom buat lagi tu…hantar masa amik kunci..jgn lupa suruh dia cop received..so kepada En Mazwan…kalau nak kumpul reramai nanti…nak gi tribunal…calling2 eee…no saya 0192815450…oppsss lupa plak…nama saya faizal alamat sy No 71, Warisan Indah 8/14…

  116. REMINDER kpd semua jiran2 yg dikasihi.
    1. JANGAN BAYAR DEPOSIT RENOVATION RM500 TU. CKP KAT DIA TAKDE DLM SNP KENAPA I PERLU BAYAR.
    2. JANGAN SIGN SURAT SEHELAI YG DIA BERI KALAU KITA TAKNAK BAYAR 500 TU. BG ALASAN SAMA MCM DI ATAS. SURAT TU SNGT BAHAYA DAN MELEPASKAN HAK KITA. KALAU KITA SIGN DIA BOLEH STOP KERJA RENOVATION KITA, DAN MINTA DEPOSIT RM3K.
    saya tau ramai yg dah sign surat tu tanpa tau akibatnya. mmg kita akan kalah kalau gi court sebab kita dah sign sendiri. so hopefuly dia tak kacau kerja renovate kita.

    • . saya tidak nampak sbb kenapa pihak GP akan dengan sengaja mengarahkan kita menghentikan kerja-kerja tersebut. RM500 akan dikembalikan sekiranya kawasan rumah telah dibersihkan dan denda RM3000 dikenakan kepada pemilik yg gagal memastikan kawasan halaman dibersihkan sekiranya tidak membayar RM500.

      En Mazwan berdasarkan perkiraan saya jumlah hari kelewatan pihak GP ialah 66 hari. Adakah sama dgn pengiraan anda?

  117. Salam jiran2 semua, saya dah masuk rumah, alhamdulilah ok takde defect yg obvious sngt. siapa yg ada defect teruk tunggula sampai gp repair dulu baru claim sekali LAD dgn defect di tribunal.
    saya ingat nak ajak semua ke tribunal next week 6 Julai (Jumaat) dalam pukul 9 pagi. kita isi borang byr rm10 pastu terus submit borang tu ke gp ramai2. baru gempak sikit hehe.
    untuk bacaan semua
    http://ehome.kpkt.gov.my/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=69&VertSectionID=19&CurLocation=19&IID=&Page=1

  118. salam

    syukur alhamdulillah sy dah ambil kunci baru2 ni…seperti yg disarankan utk tdk sign surat pelepasan utk tdk byr RM 500 pun sy buat (GP buat muka masa kata xnk sign)…dengan alasan prosedur dan mmg drp dulu2 mereka buat mcm tu…ditambah lg dia kata “kami tak dtg chck pun”… tak smpt nk chck rumah, tp mcm xbykla kot kerosakkan (di mata kasar) ….
    bila send surat LAD tu, dia mention “utk makluman, mcm biasa ya drp jumlah yg dituntut pihak GP still akan mohon diskaun”…

  119. salam semua, sy dh buat joint insp. dgn gp pada 27.06 dan submit skali tuntutan LAD ke gp..dorg accept la tp mcm biasa, dorg mintak diskaun…last sabtu ade pegi tgok umah n jumpa 2 org repair defect tgh buat plastering hair line crack…cepat jgk dorg action…

  120. Salam semua jiran2, Jumaat ni 6 hb pukul 9 pagi kita berkumpul di depan lobi bangunan Kementerian Perumahan n Krjaan Tmptan (KPKT), harap dpt mintak cuti awal2. Sila bwk semua dokumen ini:
    1. Salinan S&P yg complete
    2. Salinan notis of vacant posession dr GP
    3. Salinan CF (sekarang org panggil CCC) dari MPSepang.
    Sesiapa yg nak join minta tlng inform saya, kita naik sekali.

    Ada jiran kita yg dah masuk sebelah umah saya no 99 8/14. sempat kenal sekejap je coz dia dah kena posting oversea minggu ni huhu. siapa lg yg nak masuk umah sebelum puasa ni?

    • salam, saya rumah no 103, ada jugak 2,3 kali pergi sana minggu lepas, tak terserempak pula yer…:)
      kami pun tak tahu lg bila boleh pindah, lepas raya jugak la agaknya…bulan puasa mgkn tk sempat kot…

    • Salam semua, saya owner Lot 95, 8/14. Baru ambik kunci tadi… SNP dated 29 March 2010.. Kalau dah lewat maksimum 14 hari, masih boleh ke claim LAD? Harap boleh advise. First time beli rumah and plan nak sewakan je nanti rumah ni… Tqvm. My email mysuryati@gmail.com. Thanks.

  121. As salam semua, sory x reply jiran2.. tension la umah x siap..la ni dh dpt kunci pada 2/7.. ikutkan LAD saya yang GP kira aritu dlm 14k la jugak.. tapi.. dia mintak discount.. dan late payment saya dia akan bagi discount jugak katanya.. tapi saya bayar full tuk late payment tu..then dia kata paling tinggi GP penah bayar LAD around 85% jek… tu pun installment…so better try submit kat tribunal… saya maklum en mazwan nak berkumpul jumaat ni 6/7 di kpkt.. InsyaAllah saya akan turut serta.. no. sy: 0192100381

  122. I live in WI 8/4. In 2008 I claimed LAD through Tribunal. I requested during tribunal sitting full LAD (about 21K) and in one lump sum payment, and I got it.

  123. Jumaat lepas kami semua berkumpul n ambil borang di tribunal tp tak submit lagi. Pagi ni pukul 10 kitorg nak berkumpul semula untuk submit borang tu. Kami dah tanya officer di tribunal, apa yg saya ckp sebelum ni silap. dia kata tribunal still refer pada notis dr pemaju bukan ikut snp, so 31 Mei la bukn 13 jun.

    Tp kitorg dah sepakat nak tuntut sampai 6 Jun coz surat tu dia hantar lambat. oficer tu kata ok. attach sekali sampul surat yg ada bukti cop 6 jun tu. kita jumpa jap lagi. tq

  124. salam perkenalan. saya baru je jumpa blog ni..dah dapat surat tapi tak ambl kunci lagi. minggu ni baru nak pegi amk. LAD tu macamn nak claim?

    • ttpr akn bg date utk hearing,satu salinan form 1 dan form 2 akn diberi pada pemaju,satu surat pemberitahuan (tndkn undang2 keatas pmju) utk bank…

  125. Nak tanya sikit kenapa jalan masuk ke Warisan Indah di letak nama Jalan Warisan Damai 8/3, boleh mengelirukan pengunjung ke Warisan Indah. Terima
    Kasih.

  126. salam ramadhan kpd jiran2 muslim,
    siapa yg dpt call dr GP minta diskaun untuk LAD di tribunal. ada sesiapa yg terima tak? manala tau ada yg bermurah hati nak bersedekah kat diorg di bulan ramadhan ni hehe

    • Bro & jiran2…sy dpt call dr GP 2 mgg sblm hearing kat TTPR…seperti sblmnya hahaha mintak discount dan jawapan dr sy tetap sama…I want 100%..kalau U tak nak bayar kita jumpa di TTPR..GP pk punya pk punya pk..2 hr slps tu dia call dia merayu tak payahlah gi Tribunal…naik tulun naik tulun…penattt loooo…hahaha..at last GP agree to pay 100% dgn 3 ansuran….sy mintak 2 kali dia merayu jgk utk 3 kali…so sy acceptlah…sng sikit kerja takyah amik cuti nak selesaikan kes kat TTPR

      1st cheque dah cash kan pun…ms amik cheque dia bg surat utk mintak kita gugurkan tuntutan..sy sign amik cheque..then sy buat pulak surat..hantar ke GP dimana isi kandungannya sy nyatakan sekiranya cheque ni bermasalah sy akan teruskan tuntutan..dia sign sy simpan utk rekod..then buat pulak surat ke TTPR utk gugurkan tuntutan..cc kat GP ngan Bank..

      Jd terpulanglah pd kebijaksanaan semua untuk menghalusi benda ni…bg sy kalau GP nak bayar 100%, sy accept je…tp kalau u all ragu2…jgn ikut cr sy…hehehe…

  127. diorg mmg tau kalau pegi tribunal diorg kena byr 100% lump sum. so kalau u accept 3 kali installment kira okla bg diorg sebab tak perlu kuar duit serentak. tp still dpt 100% jgk kan. tq for sharing.
    tngok bnyk rumah dah start renovate kan hehe

  128. Nama saya Ruban, tinggal di Kota Warisan 8/12. Saya sedang mencari pengasuh untuk anak saya yang berumur 3 bulan. Sila hubung/SMS saya di nombor 012-6939529 jika ade perkhidmatan ini. Terima Kasih

  129. UPDATE HEARING!
    Dear all, td saya dah pg hearing di tribunal dgn azrin 8/12. GP mintak kira ikut harga actual beli dgn diskaun bumi. tp tribunal tolak n pakai harga dlm snp. cumanya tuntutan 6 hari lewat serah surat tu tak berjaya la. so pakai date 31 mei jugak. Pengerusi kata kalau lewat lama sngt baru dia kira. tp sesiapa yg ada bukti tindakan dia backdate tu menyebabkan bank lambat byr n kena penalti maybe boleh try la untuk claim.
    sekali dgn kitorg tadi pembeli tmn lestari puchong. kesian diorg, developer dah apply kat high court untuk stop any action. so diorg tak dpt apa2 huhu

  130. Salam jiran2 ku,
    Semalam sy dh siap pasang sendiri lighting dan fan rmh sy. Rmh sy no 70 8/12, rasa,y rmh sy je kot yg bru bercahaya skrg hehe, cm pelik plk tgk. Sy nk tny, ada tak jiran2 fasa bru ni menghadapi prob wiring. Rmh sy masa first cek ada 4 5 poin lampu x hidup, tunggu sebln jgk mr lim dr kompeni alarm settel,k. Tp dia x tel2. Lps sy tel 2 3 kali bru ckp prob dh settel. Bila sy pasang lampu kipas tu tgk2 masalah tu tak ok jgk. Bengang gilo. Bila tel wife dia utk handover alarm pn sama jgk, berdalih2 x nk dtg umh dan x nk set date utk apointment. So nk tny, ada tak jiran2 lain ada masalah cm sy ni? Atau masalah ini berkaitan dgn alarm setting?

  131. Salam,

    Saya ada rumah disewa, A-4-15, Megah Villa Apartment, Jalan Warisan Megah, Kota Warisan. Jika berminat, sila hubungi saya di Talian 0125586413 Ann. Tq

    • Untuk Rukun Tetangga tak perlu isi borang apa… Kira automatik. Untuk persatuan penduduk Kota Warisan memang kena isi borang

  132. As Salam saya baru intai – intai rumah di area jalan warisan indah 8/4 ada masalah ke area situ minta pandanagn tuan – tuan semua ye terima kasih

  133. salam, saya nak minta tolong sikit la, saya bercadang nk psg lampu dengan kipas dan buat wiring kt rumah, ada tak sesiapa jiran2 boleh tolong bagi contact no tak? tq.

  134. salam…
    nak tanya kpd yg blh membantu……
    i–dlm s&p klausa mana yg nyatakanmesti byar rm350 if lebih 6 blh utk alarm?
    ii–mnta pandangan mgenai pngalaman prestasi anak sekolah d pra sk k.warisan?cikgu2?

  135. slm…ada x sesiapa yg boleh bg contact no untuk rumah sewa…dah pusing2 kt area kota warisan,byk rumah kosong tp xde yg tgglkan no tel…plz help me….kalau ada malumat msg kt no nie..019-9972965…TQ.

  136. Salam Semua…Mohon bantuan kiranya tuan/puan ada contact pengasuh baby yang baik…Sekian, terima kasih.

  137. salam sejahtera, kemungkinan saya akan beli rumah kat warisan indah. ada siapa yang tahu harga rumah “2-tingkat dengan glass balcony” kat jalan warisan indah 8/10? rumah dengan glass balcony itu nampak besar tapi tak tahu berapa sf. saya cuba internet search tapi tak dapat info. sekian terima kasih.

    • Rumah yang sederet balkoni kaca tu kalau tak silap businessman Pakistan beli tu… dia beli 4-5 unit sekaligus… xtau la dia nak jual atau nak bagi adik beradik dia duduk

  138. Salam tuan/puan, saya mencari rumah sewa di kota warisan.Kalau boleh yang semi d satu tingkat atau 2 tingkat teres.Saya selalu pergi area sana tapi tak ada rumah yang nak disewa atau diiklankan utk sewa. kami tinggal 3 beranak, isteri, saya dan baby 6 bulan insyaallah. Buat masa ni kami di Cheras dan isteri bekerja dgn Air Asia dan kami nak pindah sebab jarak ke tpt kerja isteri terlalu jauh dari Cheras utk berulang alik.Jika ada tlg hubungi saya di 0182480992.Saa aka berada di Kota Warisan petang ni survey area tu lagi.terimakasih. Roslan.

  139. salam…ada x warga forum kt cni yg beli rumah fasa 2 20×70 hrga 195k?bila ek rumah ni djangka siap?dlm s&p ckp siap 2013…tq

  140. As salam,
    Saya ingin sewakan rumah saya di Kota Warisan Indah. Kemasukan pada bulan April 2013. Sms/call/whatsapp sy di 019 2022 443

  141. salam,

    saya nk tumpang tanya, ada tak di kalangan saudara/saudari yg tahu kt mana saya boleh dapatkan org ambik upah tlg drill lubang utk gantung gambar kt rumah…sbb drill saya masuk workshop…kalau sesiapa yg tahu boleh share no telefon yer…quite urgent tq

  142. Salam..mencari pengasuh yg tidak menjaga rmai bayi n bole bekerja shift..pengasuh mestilah seorg yg mudah dibawa berbincang..bayi akan dihantar pada akhir bln 6 @ awl bln 7..hubungi num sy.. 0176060680

  143. saya mencari van atau bas sekolah untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah integrasi salak tinggi..minta bantuan sahabat2. terima kasih.

  144. slm…ada x sesiapa yg boleh bg contact no untuk rumah sewa atau untuk dijual dah pusing2 kt area kota warisan,byk rumah kosong tp xde yg tgglkan no tel…plz help me….kalau ada malumat tlg email kat alamat ni yuhanim101801@gmail.com …TQ. jasa anda semua amat dihargai…

  145. salam…sy mencari rumah satu tingkat samada sewa atau untuk dijual dengan harga yang berpatutan. SAT 0102930442

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s